No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

11 PERKARA PENTING UNTUK DIPERTIMBANGKAN BAGI MEMILIH KAD PERUBATAN

Posted by maatakaful In | 0 comments»
Kebanyakkan prospek saya bertanyakan soalan begini kepada saya :-
“Kad Perubatan apa yang paling bagus ?”.
“Saya dengar Kad Perubatan ABC tu bagus sebab memberi perlindungan hingga RM 1.6 juta, apa yang bagusnya dengan Kad Perubatan DEF ni, sedangkan perlindungannya hanya RM 600 ribu je?”.
“Ada perbezaan ke Kad Perubatan yang (stand alone) dengan Kad Perubatan sebagai (rider)?”.


Jawapan saya :-

Perkara penting untuk dipertimbangkan bagi memilih Kad Perubatan adalah dengan menilai perkara-perkara berikut :-



1. JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN
Setiap Kad Perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan dalam pasaran mempunyai Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang berbeza. Ini kerana pelbagai pilihan diberikan bagi mencapai kehendak perlindungan oleh pelanggan. Ada pelanggan yang mahukan jumlah perlindungan yang tinggi dan ramai juga yang hanya perlukan jumlah perlindungan yang sederhana dan rendah. Dalam perkara ini pelanggan yang menentukan berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan, bukannya Ejen / Perunding Takaful / Insuran. Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang diambil berkadaran terus dengan Jumlah Sumbangan / Caruman Kad Perubatan tersebut. Semakin tinggi jumlah perlindungan semakin tinggi juga jumlah sumbangan / caruman. Pelanggan perlu menilai kemampuannya membayar sumbangan / caruman bagi mendapatkan jumlah perlindungan yang diperlukan.


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menyediakan JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN berdasarkan 4 Pelan iaitu :-

PELAN 1 = RM 150,000 PELAN 3 = RM 450,000

PELAN 2 = RM 300,000 PELAN 4 = RM 600,000

Kos langganan Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL adalah yang TERENDAH di pasaran dengan menawarkan JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN yang tinggi.


2. JUMLAH PERLINDUNGAN TAHUNAN YANG DIPERLUKAN
Walaupun pelanggan sudah mendapatkan Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang diperlukan (sebagai contoh: RM 150,000), namun ia tertakluk kepada Jumlah Perlindungan Tahunan yang dibenarkan (sebagai contoh: RM 50,000). Pelanggan juga perlu menilai keperluan Jumlah Perlindungan Tahunan yang diperlukan berdasarkan risiko yang diterima. Jika pelanggan mempunyai risiko mendapat penyakit kritikal yang tinggi disebabkan ada sejarah masalah kesihatan keluarga yang berlaku kepada ibu bapa pelanggan dan juga risiko berlaku kemalangan kerana jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja pelanggan yang jauh dan sesak, maka dia perlu menimbang mendapatkan Jumlah Perlindungan Tahunan yang lebih tinggi (sebagai contoh: RM 200,000). Namun begitu pelanggan perlu menilai kemampuannya untuk membayar sumbangan / caruman bagi mendapatkan jumlah perlindungan yang diperlukan kerana semakin tinggi jumlah perlindungan yang diambil, semakin tinggi jugalah jumlah sumbangan / caruman.

Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menyediakan JUMLAH PERLINDUNGAN TAHUNAN berdasarkan 4 Pelan iaitu :-

PELAN 1 = RM 50,000 PELAN 3 = RM 150,000

PELAN 2 = RM 100,000 PELAN 4 = RM 200,000



3. TEMPOH PERLINDUNGAN
Pelanggan juga perlu mengambil tahu Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang diambil dari segi tempoh matang Kad Perubatan tersebut. Terdapat perbezaan Tempoh Perlindungan antara Kad Perubatan ‘stand alone’ dan rider. Jika Kad Perubatan diambil sebagai rider kepada sesuatu Polisi, maka ia tertakluk kepada tempoh matang polisi tersebut. Sebaliknya bagi Kad Perubatan yang diambil secara ‘stand alone’. Contohnya: Jika pelanggan mengambil Polisi Pendidikan untuk anaknya, maka Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang diambil sebagai rider akan tertakluk kepada tempoh matang polisi tersebut yang kebiasaannya matang pada umur 25 tahun. Jika pelanggan ambil Kad Perubatan untuk anaknya secara ‘stand alone’, maka Tempoh Perlindungan Kad Perubatan tertakluk kepada tempoh matang Kad Perubatan. Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang berada di pasaran juga berbeza dari segi tempoh matangnya, ada sehingga umur PESERTA mencapai 70 tahun, 80 tahun dan 100 tahun.


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL memberikan TEMPOH PERLINDUNGAN sehingga umur PESERTA 80 tahun.


4. MANFAAT KEMATIAN ( SEMUA SEBAB )
Tidak semua Kad Perubatan yang berada di pasaran menawarkan Manfaat Kematian. Ada juga yang menawarkan Manfaat Kematian bagi sebab kemalangan sahaja. Terdapat perbezaan Jumlah Manfaat Kematian bagi Kad Perubatan yang diambil secara ‘stand alone’ dan rider. Jumlah Manfaat Kematian bagi Kad Perubatan diambil sebagai rider tertakluk kepada Jumlah Manfaat Kematian yang terdapat pada polisi tersebut.



Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menawarkan MANFAAT KEMATIAN (semua sebab) sebanyak RM 5,000 bagi Kad Perubatan ‘stand alone’. Manakala MANFAAT KEMATIAN bagi Kad Perubatan yang diambil sebagai rider kepada polisi, manfaat kematian tertakluk kepada JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS polisi tersebut.


5. KADAR HARGA BILIK & PENGINAPAN
Kadar Harga Bilik & Penginapan yang ditawarkan oleh Kad Perubatan juga berbeza-beza mengikut kepada jenis pelan perlindungan dari serendah RM 100 hinggalah setinggi RM 450.

Bilik Penginapan yang ditawarkan oleh pihak Hospital juga berbeza-beza mengikut jenis. Sudah tentu kadar harga bilik penginapan tersebut berbeza mengikut kepada keselesaan, privasi dan fasiliti yang disediakan.

Namun apa yang pelanggan perlu tahu, adakah terdapat fleksibiliti yang ditawarkan oleh Kad Perubatan yang diambil. Contoh: Pelanggan mengambil Kad Perubatan dengan Kadar Harga Bilik & Penginapan yang dibenarkan adalah RM 100, sedangkan pelanggan mahu menukar bilik dengan mengambil bilik penginapan yang berharga RM 450.

Adakah ia dibenarkan dan adakah perbezaan kadar harga tersebut ditanggung? Apakah terma dan syarat yang dikenakan ?


Nota :- Jika pelanggan ( Orang Yang Dilindungi ) Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL dimasukkan ke dalam Hospital pada Kadar Harga Bilik & Penginapan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak, pelanggan tersebut perlulah menanggung 10% sahaja bayaran daripada kadar tersebut.


6. YURAN LAPORAN PERUBATAN
Tidak semua Kad Perubatan di pasaran menanggung bayaran Yuran Laporan Perubatan. Adalah lebih baik memiliki Kad Perubatan yang menanggung bayaran tersebut dan biasanya jumlah tanggungan bayaran Yuran Laporan Perubatan diberikan berbeza mengikut jenis Pelan Perlindungan yang dilanggan.

Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menanggung BAYARAN YURAN LAPORAN PERUBATAN berdasarkan jenis pelan iaitu :-

PELAN 1 & 2 = RM 80 PELAN 3 & 4 = RM 100



7. CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN
Tidak semua Kad Perubatan di pasaran menanggung bayaran cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh kerajaan. Perkara ini sering terlepas pandang oleh ramai pelanggan.


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menanggung sepenuhnya CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN yang dikenakan.


8. BAYARAN KO-TAKAFUL / KO-INSURAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Ko-Takaful / Ko-Insuran ? Sesetengah Kad Perubatan mengenakan bayaran sebanyak 10% bayaran ko-takaful / ko-insuran ( tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM 300 dan maksimum RM 3,000 ) kepada pelanggan Kad Perubatan terhadap jumlah bayaran caj bil perubatan.

Jadi, pihak pelanggan perlu membayar sebanyak 10% daripada jumlah bayaran caj bil perubatan tersebut sebelum meninggalkan hospital dan selebihnya akan dibayar oleh pihak syarikat operator Takaful / Insuran. ( Contohnya: Jika jumlah bil perubatan sebanyak RM 10,000, pelanggan perlu membayar sebanyak RM 1,000 dan pihak syarikat operator Takaful / Insuran akan membayar selebihnya sebanyak RM 9,000 terhadap bil perubatan tersebut ).

Terdapat juga Kad Perubatan yang mengenakan syarat terhadap pengecualian Bayaran Ko-Takaful /Ko-Insuran, sebagai contoh Tiada Bayaran Ko-Takaful / Ko-Insuran dikenakan jika tuntutan bil hospital tidak melebihi satu jumlah yang ditetapkan ( sebagai contoh : tidak melebihi RM 22,000 ).


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL tidak mengenakan BAYARAN KO-TAKAFUL / KO-INSURAN.


9. TERMA & SYARAT
Bakal pelanggan Kad Perubatan perlulah jelas dan faham mengenai terma & syarat yang terdapat dalam setiap Polisi Kad Perubatan. Anda perlulah bertanya kepada Ejen / Perunding Takaful / Insuran anda mengenainya. Antara perkara yang perlu difahami adalah seperti:-

1) Tempoh masa dan bilangan hari yang layak untuk mendapat tuntutan bagi sesuatu manfaat.
2) Jumlah bilangan hari maksimum untuk sesuatu manfaat yang layak mendapat tuntutan.
Terma dan syarat sebelum kemasukan ke dalam hospital dan selepas keluar hospital.
Terma dan syarat bagi setiap manfaat perlindungan yang ditawarkan.

10. STAND ALONE atau RIDER
Apakah yang dimaksudkan dengan Kad Perubatan ‘Stand Alone’?.
Ia bermaksud Kad Perubatan ini boleh dilanggan tanpa perlu disertakan bersama dalam Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kad Perubatan ‘Rider’?.
Ia bermaksud Kad Perubatan ini disertakan bersama dalam Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful sebagai manfaat tambahan.

Kad Perubatan yang dilanggan secara ‘Rider’ bersama Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful lebih baik kerana mempunyai lebih banyak manfaat perlindungan.


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL boleh dilanggan secara ‘Stand Alone’ atau sebagai ‘Rider’.



Perbezaan antara ‘Stand Alone’ dan ‘Rider’:-
1) Kos Caruman – kos caruman Kad Perubatan sebagai ‘Rider’ lebih murah berbanding ‘Stand Alone’.

2) Masalah Bayaran Caruman – Polisi Kad Perubatan akan tamat serta merta jika berlaku ‘lap’ / caruman Kad Perubatan tidak dibayar melebihi tempoh akhir bagi Kad Perubatan ‘Stand Alone’. Berbeza dengan Kad Perubatan sebagai ‘Rider’, jika berlaku ‘lap’ terhadap caruman Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful, ia tidak akan menamatkan Polisi Kad Perubatan selagi mana Akaun Pelaburan Peserta boleh menampung bayaran caruman Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful.


11. MOD BAYARAN LANGGANAN / CARUMAN
Tidak semua Kad Perubatan yang dilanggan secara 'stand alone' menawarkan mod bayaran secara bulanan, 3 bulan atau 6 bulan. Perkara ini perlu dinilai oleh pelanggan kerana tidak semua pelanggan mampu membayar sejumlah amaun yang banyak ( mod bayaran tahunan ) untuk melanggan Kad Perubatan tersebut.


Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL boleh dilanggan secara mod bayaran 1 BULAN, 3 BULAN, 6 BULAN atau 12 BULAN.



KAEDAH PEMBAYARAN :-

Auto Debit ( Maybank / RHB / BSN / CIMB / BIMB / AMBANK / Public Bank ), Kad Kredit / Debit ( MasterCard / VISA / Diners Club ), Cek ( Postal Mail ), Internet & Online Banking ( Maybank / RHB / CIMB / BIMB / AFFINBANK / HSBC / Public Bank / Bank Rakyat / HLB / EON Bank / BSN / MBF / CITIBANK ), MAA ATM, Kaunter Cawangan MAA dan Kaunter Bank.


Kaunter BSN :- No Akaun : MAA TAKAFUL BERHAD (1410041000068986)

Kaunter RHB Bank :- No.Akaun : MAA TAKAFUL BERHAD (26406700007640)

Kaunter Maybank :- No.Akaun : MAA TAKAFUL BERHAD (564016119109)


Kesimpulannya :-
SMARTMEDIC MAA TAKAFUL bekerjasama dengan ‘Managed Care Oragnization’ iaitu Metronic iCares Services untuk menyediakan bantuan PERCUMA 24 jam bagi memudahkan anda :-
Urusan kemasukan ke Hospital
Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar Hospital


Kepentingan Takaful Kepada Anda


PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN

YANG PENTINGNYA, IANYA SEBAGAI SIMPANAN & PERLINDUNGAN ANDA.

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ?.

Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK?

- Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya ???
- Bila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!!
- Walaupun barangan yang tidak kita perlukan tetapi kerana ianya berharga murah semasa MEGA SALES.

Hanya Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap.

Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :

Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.

Untuk pendapatan masa tua.

Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.

Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.


Kepentingan Takaful :

PENDIDIKAN ANAK


MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :

Apabila mereka meningkat dewasa, kita menginginkan satu permulaan yang baik.

Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.

Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.

Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.

TABUNG PELAJARAN BERPERLINDUNGAN

Kita semua sedia maklum yang bayaran YURAN PENGAJIAN semangkin naik setiap tahun. Peratusan semasa bilangan anak anak yang cerdik semangkin meningkat. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka.

Pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak anak yang boleh diberikan oleh ibubapa. Tentunya anak yang berkerjaya menjadi impian ibu bapa. Persaingan untuk Pekerjaan yang baik pada masa hadapan sangat tinggi antara orang orang yang berpelajaran.

Semua orang akan mencari perkerjaan yang menjamin masa hadapannya, tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran.

Polisi pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan anda.

PENYAKIT SERTA BIL HOSPITAL
Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.


Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala.

Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.

- JIKA KITA TIDAK DILINDUNGI DENGAN MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL -

Apabila simpanan kita semakin berkurangan dan kering ???

Kemana kita akan pergi ? Bank atau Saudara Mara ???

Memikirkan Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta yang perlu dibayar dan lain lain...

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG.

Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?

SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?

Minta pertolongan kedua orang tua kita.

SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?

- Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.

Mereka pun sama macam kita - tak ada ?

- Minta Bantuan dari Saudara mara.

Berapa banyak mereka boleh bantu anda.

- Minta bantuan rakan rakan.

Bolehkah mereka banyak menolong ?

Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai...Jabatan Kebajukan....

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :

- Bil - RM16-50.....Pastinya kita masih mampu.

- Bil - RM500-1000...Kita boleh mengambil dari wang simpanan kita...

- Bil - RM20,000 hingga RM100,000......Bagaimana ????

Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.

ADAKAH KITA AKAN MENGAMBIL LANGKAH TERAKHIR INI ???

ADAKAH KITA SANGGUP MELIHAT PENDERITAAN KELUARGA KITA UNTUK MENUNGGU EHSAN ORANG LAIN ???

BIL HOSPITAL YANG MAKIN MENINGKAT

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,anda KEBIASAAANNYA dikehendaki untuk membayar wANG PENDAHULUAN sebelum mendapat rawatan.

Selepas itu pula,anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital dan jika tidak mampu , ANDA AKAN DITAHAN.Jika selesai membayar kesemuanya , barulah anda dibenarkan keluar dari hospital.

Zaman sekarang ,bil hospital menjadi semakin meningkat dan sangat tinggi,ia akan MAKIN MENINGKAT pada masa hadapan.

BAGAIMANA ANDA INGIN MEMBAYARNYA ...?

Kad Kredit..?

Hasil Pendapatan Tunai..?

Duit Simpanan..?

Meminjam..?

Memajakkan barang kemas..?

Mencagarkan Rumah..?

Menjual Kereta..?

ataupun seperti gambar dibawah .?


Janganlah kita menambah penderitaan keluarga kita dengan penyakit kita dengan membebankan lagi perbelanjaan rawatan yang sepatutnya kita boleh elak dari menanggung bebannya.

PINDAHKAN SEMUA BEBANAN INI KEPADA KAMI

Bagaimana ..??

Kami ada Cara untuk menangani masalah seperti ini.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat


GAJI ANDA


Semua KELUARGA memerlukan keperluan Asas untuk meneruskan kehidupan.

Pernahkah anda terfikir jika anda tidak mendapat gaji pada bulan ini mahupun bulan-bulan seterusnya....

- Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini....?
- Bagaimana anda ingin menanggung setiap keperluan untuk anak-anak anda mahupun untuk isteri anda...?
- Bagaimana keadaan keluarga anda ?

Tanyakan Pada Diri Anda :

RENUNGKAN BAGAIMANA KEHIDUPAN ANAK-ANAK DAN ISTERI ANDA TANPA ANDA

1) Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?

2) Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya.

Situasi ini mungkin akan menimpa ANDA , Keluarga ANDA atau KITA ???
Fikirkan keluarga anda tinggal dengan suasana bahagianya di tingkat 2 apartment.Dan , pada suatu ketika tanpa diduga terjadilah satu kebakaran. Mereka tentu akan mencari tangga untuk mereka melepaskan diri dari bencana itu.

TETAPI.....Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?

Apakah cara untuk mereka melepaskan diri .?

Mungkin mereka TERPAKSA terjun dan ini adalah suatu RISIKO YANG TINGGI yang mana mungkin mereka akan mendapat kecederaan yang tidak sepatutnya .

BEGITULAH situasi kehidupan kita hari ini dengan PENDAPATAN kita ini merupakan kehidupan yang bahagia bagi diri mereka tetapi secara tiba-tiba sekiranya kehidupan kita ini terhenti MAKA pendapatan kita juga terhenti.

Secara tidak langsung terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan keluarga.


Jika keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi , mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah menyediakan tangga untuk mereka melepaskan diri , mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Jadi , tiada menjadi salahnya jika kita merancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak-anak kita.

Menyimpan Lebih Sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga anda lebih sempurna.


"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"


Pendapatan Semasa Pencen

KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELANJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik.

UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)

Contoh :

Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan Perbelanjaan RM 1,000.00

Setahun anda memerlukan :
RM 12,000 x 20 tahun = RM 240,000.00,

Kita masih lagi gagal untuk menyimpan.

Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.





Haji / Umrah / Bercuti



SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN

Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.





Wanita


WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:-

Lindungi Pendapatan
Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

Pendapatan Pencen
Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.

Pendidikan Untuk Anak Anak .
Menyayangi anak sediri, anak saudara dsb dengan menampung perbelanjaan pembelajaran mereka akan membuat hidup mereka ini lebih bermakna.





Kecacatan Kekal/Hilang Daya Upaya Kekal

SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI

Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan.

Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.

Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.

Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.

Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ???

Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ???

Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat

Hubugi wakil takaful anda sekarang!