No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Info | Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans

Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans


Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian tidak akan diwajibkan untuk membeli pakej lengkap perlindungan insurans daripada ejen pelancongan sah dan berlesen kerana ia lebih baik jika ditawarkan sebagai pakej pilihan supaya tidak membebankan jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata adalah lebih baik ia ditawarkan secara pilihan kepada peserta yang menunaikan haji dan umrah secara persendirian kerana ia adalah hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan diinginkan.
Beliau berkata, kerajaan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) juga tidak pernah mengenakan sebarang kos tambahan bagi membiayai takaful kepada jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, jika ada pihak lain yang mahu memperkenalkannya itu adalah baik tetapi saya rasa biar ia ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal haji yang memerlukan perkhidmatan itu.

“Saya perlu jelaskan kerana saya juga menerima rungutan daripada orang ramai yang keliru kerana menganggap ia turut dikenakan ke atas bakal haji yang pergi melalui Tabung Haji.

“Kita tidak pernah kenakan pakej tambahan ini kerana pakej tambang yang kita tawarkan merangkumi semua, termasuk perlindungan takaful dengan bayaran bernilai RM10 setiap seorang peserta,” katanya selepas melancarkan cawangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, semalam.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun dilaporkan berkata, syarat itu selaras ketetapan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992 yang mewajibkan jemaah haji dan umrah mendapat perlindungan takaful.


sumber:Berita Harian Online | Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

0 comments:

Post a Comment