No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Perbezaan Diantara Insuran Konvensional Dengan Takaful

Seringkali kita tercari-cari di internet mahupun bertanya kepada kawan-kawan kita ataupun agen-agen insuran perbezaan antara Insuran bercirikan Konvensional dengan Takaful.Kadangkala kita menganggap kedua-duanya adalah sama kerana ia tetap insuran untuk  ahli keluarga kita setelah kita meninggal dunia ataupun kita menjadi cacat seumur hidup. Disini saya tunjukkan apakah perbezaan diantara Insuran bercirikan Konvensional dengan Takaful untuk menjadi rujukan bagi kita semua dalam memilih apa yang terbaik untuk diri kita ,ahli keluarga kita dalam mencari keberkatan ketika hidup ini.
Insurans(konvensional)adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Takaful adalah Pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.


Ciri - Ciri Konvensional
*Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankan.
*Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran.
*Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham).
*Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah.
*Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
*Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
*Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ‘surplus’.


Ciri-Ciri  Takaful
*Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
*Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
*Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
*Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
*Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
*Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali.
*Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
*Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Source: BankingInfo, zaharuddin.net

0 comments:

Post a Comment