No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Tips : Perancangan Kewangan Yang Bijak Part 1

Posted by maatakaful In | 0 comments»
"Ikram baru sahaja menamatkan pengajian di universiti tempatan dan menjawat sebagai "executive" di sebuah syarikat terkenal di ibunegara dengan gaji bulanan sebanyak RM2000.
Dia telah membeli sebuah kereta Honda City dengan wang pendahuluan minima.Dengan bayaran bulanan sewa beli kereta.Untuk memudahkan ke tempat kerja , dia telah menyewa sebuah bilik di Kuala Lumpur dengan sewanya RM300 sebulan. Wang gajinya hanya berbaki RM800 untuk menyelesaikan semua bayaran lain.
Satu hari , dia telah ditawarkan kad kredit oleh institusi kewangan.Kerana terpengaruh dengan tawaran itu , dia telah menerima kad kredit itu dan menggunakannya dalam pembayaran hampir kesemua perbelanjaannya seperti petrol,makan dan lain-lain.
Dalam masa beberapa bulan, dia telah menggunakan kad kredit sehingga mencapai had maksimum kerana dia hanya membayar nilai bayaran minima.Kerana merasa tidak cukup dengan hanya satu kad sahaja , dia telah memohon lebih banyak kad kredit daripada institusi kewangan lain.
Secara tidak sedar , akhirnya dia tidak mampu lagi membayar bayaran kesemua kad-kad kredit tersebut sehingga dia telah disenaraihitam oleh institusi kewangan.

Inilah salah contoh kisah seseorang yang bodoh dalam menguruskan hal kewangan mereka
"

Disini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya kita menguruskan kewangan dengan teratur dan betul demi kesejahteraan kita dimasa depan.Seperti yang selalu diwar-warkan,

"Kalau kita gagal dalam merancang , kita merancang untuk gagal "

Kita tidak perlu menjadi seorang yang bijak pandai untuk menjadi kaya.Hanya kebijaksanaan emosi adalah lebih penting untuk menjadikan kita kaya.*Kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja setelah kita menerima gaji setiap bulan,sama ada kita membelanjakannya ataupun kita menyimpannya untuk kegunaan masa depan.

Adakah kita sanggup berkorban untuk mendapatkan kepuasan ? Selama manakah kita mampu berkorban menahan untuk mendapatkan kepuasan itu ?Ini saya katakan kebijaksanaan emosi adalah amat penting dalam menjamin kehidupan masa depan yang selesa.

Perancangan kewangan ini melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan , impian dan matlamat anda,contohnya berkahwin , beli kenderaan dan rumah , mendapat cahaya mata dan pembiayaan pendidikan.**Perancangan kewangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek , sederhana mahupun panjang.Ianya adalah keputusan emosi anda.Bertangguh ? Anda mungkin akan menjadi lebih kaya.Ataupun berbelanja sekarang?
Dalam perancangan kewangan kita ini,terdapat dua persamaan yang amat penting iaitu* :
S = P - B
S:Simpanan , P:Pendapatan , B:Belanja

NB = A - L
NB:Nilai Bersih , A:Aset , L:Liabiliti
#Yang ini akan saya ceritakan lebih lanjut dalam bab seterusnya.


Disini, saya akan kongsikan apakah faedahnya dalam kita merancang kewangan kita ini.Ramai orang menganggap merancang kewangan ini adalah sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada perkara-perkara yang menyeronokkan.

Padahal jika kita pandai mengaturkan ataupun merancang kewangan secara teratur dan baik,kita juga dapat berseronok pada masa depan dengan kewangan yang berlebihan.

Dengan pelan kewangan peribadi , anda akan **:
# Mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan,hutang tidak terurus,kebankrapan ataupun kebergantungan kepada orang lain.

#Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang disekeliling anda,kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain.

#Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan,menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda.

#Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan,menggunakan dan melindungi sumber kewangan sepanjang hayat,bukan hanya untuk diri anda malah untuk mereka yang tersayang.

Pendekata,dengan pandai dalam merancang kewangan dengan secara bijak sahaja,anda akan dapat memastikan kehidupan yang terjamin dan juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.

Ref :
* Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia ; KCLAU
** Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak ; AKPK

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful Kami Najib : 0162085201 ( toman79@yahoo.com) Helmi : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja. Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa. Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

0 comments:

Post a Comment