No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Buletin Bijak Wang | Muda diserang jantung

KEBELAKANGAN ini banyak paparan berita membabitkan golongan terkenal yang meninggal pada usia muda kerana serangan jantung.

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan berita kematian pelakon Faizal Yusof, 33 yang menyusuli pemergian penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45 dan penyanyi nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40 — semuanya akibat serangan jantung.

Penyakit jantung memang dinobatkan sebagai penyakit pembunuh nombor satu di negara kita dan dengan adanya pelbagai kempen Kementerian Kesihatan, rasanya semua orang tahu faktor risiko untuk mendapatnya.

Meskipun pengetahuan itu ada, ia belum mampu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk benar-benar berusaha mencegahnya.

Buktinya catatan kes sakit jantung tetap tinggi, malah yang lebih membimbangkan ialah :
Adanya ‘trend’ penyakit ini mula menular pada golongan muda sekitar umur 30-an dan 40-an

sedangkan ia pada asalnya dikategorikan sebagai penyakit orang tua (60 tahun ke atas) kerana peningkatan umur antara faktor risiko penyakit jantung yang tidak boleh dikawal.

Sebut saja apa kaedah rawatan terkini untuk penyakit jantung, boleh dikatakan semuanya ada di negara kita, tetapi ia masih tidak boleh menjamin setiap pesakit dapat diselamatkan apabila mengalami serangan jantung.

Malah ramai pakar kardiologi (jantung) menyifatkan pesakit yang berjaya mengharungi serangan jantung pertama sebagai sangat bertuah dan perlu menghargai peluang ‘hidup kali kedua’ dengan sebaik-baiknya. Ini kerana ramai pesakit meninggal dunia pada serangan jantung pertama.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, penyakit jantung memberi impak atau kesan besar dalam kehidupan seseorang.

Ia tidak hanya membabitkan pesakit malah kesannya turut dirasai banyak pihak, termasuk keluarga, masyarakat dan negara kerana kos untuk rawatan sakit jantung bukan murah.

Sakit jantung ada banyak puncanya, tetapi paling utama disebabkan penyumbatan salur darah. Untuk masalah ini banyak kaedah rawatan ditawarkan seperti angioplasti, ubat dan pembedahan.

Kaedah angioplasti yang paling mudah ialah memasukkan kateter yang membawa belon ke dalam salur darah tersumbat.

Apabila sampai ke bahagian ini, belon dikembangkan untuk membuka semula saluran darah yang sempit akibat pengumpulan plak kolesterol.

Kemudian belon ini dikuncupkan dan ditarik keluar. Walaupun kaedah ini membantu ramai pesakit, 25 hingga 30 peratus pesakit mengalami penguncupan semula salur darah di bahagian tersumbat selepas belon dikeluarkan.

Dalam kes seperti ini, stent digunakan untuk memastikan masalah penguncupan semula salur darah tidak berlaku. Stent ialah satu alat seperti jaring dawai yang sangat halus diperbuat daripada logam.

Bagaimanapun, logam boleh menyebabkan pengumpulan darah yang akhirnya menyekat aliran darah di bahagian berkenaan. Ini sebabnya semua pesakit perlu mengambil ubat pencair darah untuk mengelak masalah pengumpulan darah beku pada stent.

Kemudian penyelidik menghasilkan stent bersalut polimer dan pada polimer ini diletakkan ubat untuk mengelak salur pembentukan parut pada salur darah.

Bahagian salur darah yang diletakkan stent akan mengalami luka tetapi kehadiran ubat pada stent memperlahankan penyembuhan luka berkenaan.

Ini bermakna sepanjang tempoh penyembuhan, ada risiko berlakunya pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung.

“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, penggunaan stent dalam rawatan salur darah tersumbat menjadi semakin penting. Oleh kerana stent digunakan sekarang ada beberapa kekurangan, penyelidik kini mencipta stent yang boleh larut dan hilang sendiri dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Dengan adanya stent yang boleh larut dalam badan, pesakit boleh diberi stent beberapa kali jika salur darah tersumbat di tempat sama. Kajian awal dilakukan di luar negara dan keputusan diterima sangat memberangsangkan.

“Lebih menarik, IJN juga akan terbabit dalam kajian penggunaan stent boleh larut yang dijangka bermula awal tahun ini,” katanya.

Perkembangan lain untuk rawatan salur darah tersumbat ialah kemunculan belon berubat. Ia berita baik bagi pesakit yang tidak sesuai menjalani kaedah stent sama ada disebabkan masalah alahan, tidak boleh makan ubat pencair darah, sudah menjalani banyak rawatan stent atau tidak berjaya dalam rawatan dengan stent.

Walaupun pada asalnya stent direka untuk masalah penyumbatan salur darah ke jantung, kini ia turut digunakan bagi salur darah di bahagian bawah badan (kaki), terutama di kalangan pesakit kencing manis. Saiz stent yang digunakan lebih besar; sesuai dengan saiz salur darah di kaki.

Bagaimanapun, ada banyak kes stent yang dimasukkan pada salur darah di kaki mengalami keretakan atau pecah dan menyebabkan salur darah menjadi sempit semula.

Bagaimana stent boleh retak atau pecah? Salur darah di kaki terletak di celah-celah otot yang besar dan kita melakukan banyak aktiviti lasak dengan kaki yang memberi tekanan kepada stent.

Namun kata Dr Shaiful, penggantian stent yang rosak hanya dilakukan jika ada keperluan iaitu apabila pesakit mengadu mengalami gejala akibat penyumbatan semula salur darah. Jika tidak, pesakit tidak memerlukan rawatan susulan. Jadi kemunculan belon berubat boleh mengatasi masalah kerosakan stent.

Penyakit jantung juga boleh disebabkan masalah pada injap di jantung dan kini ada kaedah dipanggil Penukaran Injap Gantian Melalui Kateter (TAVI).

Biasanya rawatan untuk injap membabitkan prosedur besar seperti pembedahan tetapi dengan adanya kaedah TAVI, pesakit tua yang berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan kini boleh diberi rawatan.

“Kaedah ini hanya terhad kepada pesakit jantung berisiko tinggi yang berusia lanjut (70 dan 80 tahun) dan menghidap darah tinggi, kencing manis atau lelah kerana kosnya mahal iaitu sekitar RM140,000,00 termasuk harga injap jantung gantian berharga RM112,000.

“Sejak diperkenalkan pada hujung 2009, kita merawat 11 pesakit dan ia pencapaian yang sangat membanggakan memandangkan IJN adalah institusi pertama di Asia menggunakan kaedah ini,” katanya.

Begitupun, Dr Shaiful mengingatkan setiap orang supaya serius menjaga kesihatan diri sendiri dan tidak terperangkap dalam jerat penyakit gaya hidup, terutama kencing manis dan obesiti yang disifatkan sebagai perangsang kepada pelbagai penyakit lain.

“Bagi yang merokok, bertekadlah untuk berhenti merokok secepat mungkin. Rokok menggandakan risiko penyakit jantung dan serangan boleh berlaku lebih awal (usia muda).

“Serangan jantung pada orang muda berlaku apabila plak kolesterol dalam salur darah mereka pecah. Darah berkumpul pada plak yang pecah ini dan akhirnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan jika seseorang itu merokok, lebih cepatlah dia mendapat serangan jantung.

“Memang kita berbangga dengan pencapaian IJN yang berjaya mencapai sasaran merawat lebih 9,600 kes berbanding 7,743 kes pada 2009, tetapi ia berita buruk kepada negara kerana menandakan semakin ramai penduduk menghidap penyakit jantung.

“Sampai masanya kita nilai semula gaya hidup dan pemakanan supaya masalah ini tidak bertambah buruk,” katanya.



P/S : Lebih kita menjaga cara hidup dan pemakanan kita demi ke arah kesihatan yang ideal.

SMART MEDIC 100




Sumber : myMetro | Muda diserang jantung

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Info | MANFAAT LANJUTAN@RIDER DI DALAM TAKAFUL

Posted by maatakaful In , , , | 0 comments»

Setiap kali kita diberitahu oleh agen Takaful mengenai Rider /manfaaat lanjutan di dalam polisi kita , adakah kita benar-benar memahami setiap rider@manfaat lanjutan Takaful yang kita beli itu?

Hari ini Kami ingin menjelaskan satu persatu setiap manfaat tambahan@rider yang ada didalam Takaful untuk pemahaman anda semua.

Manfaat Lanjutan@Rider adalah suatu manfaat tambahan yang kita akan perolehi selain dari Manfaat Kematian dan Manfaat Hilang Upaya Kekal ( TPD ).Manfaat Tambahan@Rider ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajib untuk kita sertakan bersama polisi TETAPI...TETAPI...TETAPI...( 3x ditekankan ini..),ada juga Manfaat Tambahan@Rider yang perlu kita sertakan bersama polisi kita untuk kesenangan kita di masa hadapan.

Ok..Harap anda semua dapat memahami secara ringkasnya,apa itu Manfaat Tambahan@Rider didalam polisi Takaful kita.Disini, Kami akan terangkn satu per satu setiap Manfaat Tambahan@Rider didalam polisi Takaful kita.

# PENYAKIT KRITIKAL MANFAAT TAMBAHAN PLUS (MTCIP)
Ia merupakan manfaat tambahan berdasarkan sijil asas yang mana ada 36 jenis penyakit/rawatan-rawatan.

Satu bahagian atau 100% daripada jumlah yang dilindungi oleh MTCIP akan dibayar pada diagnosis yang pertama penyakit kritikal.
Contohnya:HIV disebabkan Pemindahan Darah(50% dari jumlah perlindungan)

CIRI-CIRI MTCIP :
1) Jumlah Asas Perlindungan akan berkurangan
Contohnya : Jika Jumlah Asas Perlindungan adalah RM100K ,dan bayaran yang telah dibayar atas penyakit kritikal itu adalah RM5000.Jadi ,baki Jumlah Asas Perlindungan yang tinggal akan menjadi RM95000 = RM100,000 - RM5000.

2)Jumlah MTCIP juga berkurang.
Contohnya : Jika Jumlah MTCIP adalah RM20K ,dan bayaran yang telah dibayar atas penyakit kritikal itu adalah RM5000.Jadi ,baki MTCIP yang tinggal akan menjadi RM15000 = RM20,000 - RM5000.

# PENYAKIT KRITIKAL MANFAAT TAMBAHAN SUPER (MTCIS)
Ia juga merupakan manfaat tambahan berdasarkan sijil asas yang mana ada 36 jenis penyakit/rawatan-rawatan,TETAPI setiap pembayaran dari MTCIS tidak akan memberi kesan kepada Jumlah Asas Perlindungan.

Satu bahagian atau 100% daripada jumlah yang dilindungi oleh MTCIP akan dibayar pada diagnosis yang pertama penyakit kritikal.
Contohnya:HIV disebabkan Pemindahan Darah(50% dari jumlah perlindungan)

CIRI-CIRI MTCIS :
1) Jumlah Asas Perlindungan akan KEKAL
Contohnya : Jika Jumlah Asas Perlindungan adalah RM100K ,dan bayaran yang telah dibayar atas penyakit kritikal itu adalah RM5000.Jadi ,baki Jumlah Asas Perlindungan yang KEKAL RM100,OOO.

2)Jumlah MTCIS akan berkurangan.
Contohnya : Jika Jumlah MTCIP adalah RM20K ,dan bayaran yang telah dibayar atas penyakit kritikal itu adalah RM5000.Jadi ,baki MTCIP yang tinggal akan menjadi RM15000 = RM20,000 - RM5000.

# MANFAAT PENYUMBANG (xxMTCB , xx = 8-25 Tahun)
Ia merupakan manfaat tambahan jika polisi anda dibayar oleh orang lain( penyumbang = suami,isteri,ayah,ibu,datuk,nenek,bf,gf ).

Manfaat ini membenarkan pengecualian caruman polisi anda jika penyumbang itu mengalami :
Hilang daya upaya kekal
Dirawat daripada penyakit yang merbahaya
Meninggal dunia.
Jika berlaku salah satu diantara 3 perkara yang disebutkan diatas kepada penyumbang ,anda akan terus menerima semua manfaat sijil dan jumlah yang bakal diterima masih boleh diperolehi oleh penama waris.

Akan disambung di penerangan seterusnya.....

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful Kami Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com ) Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja. Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa. Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | Tetap laksana gaji minimum

Mesti ramai dari pekerja swasta lega bila membaca keratan akhbar hari ini.Sekurang-kurangnya , semoga perlaksanaan skim gaji minima untuk pekerja swasta akan dapat dilaksanakan demi untuk kebajikan pekerja swasta yang biasanya kerja seakan-akan tidak ingat nak mati.Sama-samalah kita berdoa agar perlaksanaan gaji minima ini dapat dipersetujui oleh kedua belah pihak demi untuk pekerja.Sudah terlalu lama pekerja swasta ini menunggu perubahan gaji minima ini.


Kerajaan jamin pelaksanaan tak beri kesan ketara terhadap sektor industri

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap meneruskan usaha melaksana cadangan penetapan gaji minimum dan cuba meyakinkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengenai kepentingan dasar itu walaupun dibantah keras institusi terbabit.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kerajaan akan memperjelaskan mengenai manfaat jangka panjang dasar itu dan berharap MEF dapat menerimanya apabila pelaksanaan gaji minimum dimuktamadkan nanti.

"Kita faham MEF membantah perkara ini kerana mereka mempunyai pandangan atau pendapat tersendiri mengenai pelaksanaannya tetapi apa yang kerajaan lakukan ini untuk kepentingan semua pihak.

"Walaupun kerajaan sudah memberi jaminan dasar gaji minimum tidak memberi kesan ketara terhadap sektor industri, MEF tetap dengan pendirian bahawa pelaksanaannya mampu menjejaskan perniagaan tempatan kerana ia lebih menguntungkan pekerja tidak mahir, terutama pekerja asing.

"Namun, dasar gaji minimum ini merangkumi semua sektor dan setiap majikan wajib mematuhinya apabila dilaksana kelak dan kerajaan akan bertindak sebagai badan kawal selia," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, MEF menyuarakan pendapat bahawa pelaksanaan dasar gaji minimum yang tidak selaras dengan kadar peningkatan pengeluaran dan prestasi akan memudaratkan daya saing negara secara keseluruhan. Tambahan pula, tiada penambahan peluang kerja berlaku di negara yang sudah melaksanakan dasar gaji minimum.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan itu secara terperinci sama ada mampu mencapai sasaran, berasaskan pada senario pasaran kerja tempatan dan keadaan ekonomi semasa.

Atas dasar itu, katanya, MEF mengalu-alukan keputusan kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (NWCC) baru-baru ini tetapi tindakan menggubal Akta Gaji Minimum 2011 sebelum penubuhan NWCC dizahirkan mencetus kerisauan di kalangan majikan.

Kadar gaji sektor swasta negara kini ditentukan mengikut kuasa pasaran dengan penetapan dibuat berdasarkan permintaan dan penawaran dalam pasaran kerja semasa.

Tiga cara diguna pakai kerajaan untuk penetapan gaji adalah melalui kuasa pasaran, perjanjian bersama (CA) dan Majlis Penetapan Gaji (MPG) yang ditubuhkan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 bagi golongan pekerja mudah tertindas dalam sektor yang tiada mekanisma berkesan menetapkan gaji serta syarat pekerjaan.

Sehingga kini, kerajaan menubuhkan 11 MPG yang bertanggungjawab menetapkan gaji minimum dan syarat pekerjaan bagi golongan pekerja dalam sektor tertentu.







Sumber : Berita Harian Online | Tetap laksana gaji minimum

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | PUNB sedia dana RM173.8j untuk peniaga Bumiputera

Inilah peluang kita untuk memajukan diri dalam bidang bisnes.Kerajaan telah sediakan pelbagai dana untuk kita semua...apa lagi...REBUT la..!!!!!!!!!!!!!!!




PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bercadang menyalurkan pinjaman sehingga RM173.8 juta kepada usahawan Bumiputera tahun ini dalam usaha meningkatkan daya saing golongan itu khususnya dalam sektor peruncitan dan pemborongan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata pinjaman itu akan disalurkan menerusi empat skim yang ditawarkan PUNB iaitu
Skim PROSPER Runcit
Skim Pemborong PROSPER
Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Skim PROSPER Siswazah


Katanya, PUNB juga akan melaksanakan program taklimat dan latihan keusahawanan yang menjurus kepada sektor pemborongan, pengedaran dan peruncitan secara agresif di seluruh negara.

“PUNB akan terus memberi tumpuan kepada empat skim pinjaman sedia ada bagi memastikan peluang penyertaan Bumiputera dalam perniagaan diperluaskan dalam setiap peringkat rantaian bekalan.

“Pembabitan usahawan Bumiputera masih kecil dalam semua peringkat rantaian bekalan. Justeru, PUNB percaya mereka perlu diberikan peluang berniaga sama ada di peringkat pembuatan, pemborongan, pengedaran dan peruncitan menerusi pinjaman yang diberikan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, menerusi Skim Pemborong PROSPER, PUNB menyasar untuk mengagihkan pinjaman berjumlah ;
RM76.5 juta kepada 40 syarikat
PROSPER Runcit (RM62.8 juta kepada 280 perniagaan)
Skim PKS (RM25 juta kepada 20 syarikat)
PROSPER Siswazah RM9.5 juta untuk dimanfaatkan oleh 200 siswazah


Jelasnya lagi, setakat September tahun lalu PUNB sudah mengagihkan pinjaman berjumlah RM443.4 juta bagi Skim PKS; Skim Pemborong PROSPER (RM204.3 juta); Skim PROSPER Runcit (RM345.9 juta) dan Skim PROSPER Siswazah (RM18.1 juta).

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, PUNB turut mensasarkan seramai 500 graduan muda dilatih menerusi Program Siswazah Perantis tahun ini yang ditawarkan khusus kepada siswazah yang serius mahu menjalankan perniagaan.

Beliau berkata, program latihan sangkut itu yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini menempatkan siswazah terpilih di 380 syarikat naungan PUNB dan juga syarikat lain, yang mana setakat ini telah menarik lebih 2,000 orang sejak diperkenalkan Mei 2009.

“PUNB juga akan memberi tumpuan kepada Skim Siswazah tahun ini yang memberi peluang kepada siswazah muda yang serius ingin berniaga, yang mana mereka boleh mencari pengalaman sebagai perantis dan seterusnya mendapatkan pinjaman,” katanya.

Mengenai pembelian hartanah untuk disewakan kepada usahawan, Mohd Nasir berkata, PUNB merancang membeli 38 premis terdiri daripada kilang kecil dan kedai yang bernilai kira-kira RM40 juta tahun ini.

“Sehingga kini PUNB sudah membeli 57 premis perniagaan dengan lebih separuh daripadanya sudah disewakan kepada usahawan. Sebahagian daripada premis yang dibeli itu masih dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat ramai usahawan yang mahu menyewa hartanah PUNB tetapi kesukaran mendapat lokasi strategik dan harga yang terlalu tinggi menjadi kekangan utama.
“PUNB menawarkan kadar diskaun sewaan sehingga 20 peratus untuk tempoh tiga tahun pertama seseorang usahawan itu beroperasi bagi membantu mereka menstabilkan perniagaan,” katanya.










Sumber : Berita Harian Online | PUNB sedia dana RM173.8j untuk peniaga Bumiputera

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | Harga kereta dijangka naik

Untuk pengemar kereta diluar sana , bersiap sedia la kita dengan peningkatan harga ini....... :)



Kredit pic : www.fotounik.net


Menurut kaji-selidik Frost & Sullivan :
HARGA kereta di negara ini dijangka meningkat sedikit tahun ini susulan peningkatan kos buruh dan harga besi global,
Ketua Bahagian Automotif dan Pengangkutannya, Kavan Mukhtyar, berkata walaupun begitu, ia dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta secara keseluruhan.

“Disebabkan aliran global itu, kita mungkin akan menyaksikan sedikit peningkatan harga kereta tahun ini. Namun ia tidak akan memberikan kesan yang terlalu dramatik kepada industri automotif secara keseluruhan memandangkan terdapat banyak persaingan di pasaran ketika ini,” katanya ketika membentangkan keputusan laporan tinjauan automotif Malaysia bagi 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Mukhtyar berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman bank bagi pembelian kenderaan juga tidak akan menjejaskan jualan kereta tahun ini,

“Jangkaan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sekitar 3.25 peratus pertengahan tahun ini hanya akan memberikan impak minimum ke atas beban pinjaman pengguna dan kelulusan pinjaman,” katanya.

Mukhtyar berkata, kenaikan harga minyak juga dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta di Malaysia memandangkan kadar kenaikan harga bahan api itu masih lagi munasabah.

Bagaimanapun katanya, jika harga minyak melambung terlalu tinggi ia akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kenderaan di negara ini.

“Sebagai contoh, pada 2009 apabila kerajaan Indonesia mengurangkan subsidi minyak di negara itu, harga minyak telah meningkat sehingga 40 peratus dan ia telah menjejaskan jualan kereta.

“Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, kita menjangkakan kenaikan harga minyak akan berlaku sedikit saja, justeru ia tidak akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kereta di negara ini,” katanya.







Sumber :


PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Tips : Perancangan Kewangan Yang Bijak Part 1

Posted by maatakaful In | 0 comments»
"Ikram baru sahaja menamatkan pengajian di universiti tempatan dan menjawat sebagai "executive" di sebuah syarikat terkenal di ibunegara dengan gaji bulanan sebanyak RM2000.
Dia telah membeli sebuah kereta Honda City dengan wang pendahuluan minima.Dengan bayaran bulanan sewa beli kereta.Untuk memudahkan ke tempat kerja , dia telah menyewa sebuah bilik di Kuala Lumpur dengan sewanya RM300 sebulan. Wang gajinya hanya berbaki RM800 untuk menyelesaikan semua bayaran lain.
Satu hari , dia telah ditawarkan kad kredit oleh institusi kewangan.Kerana terpengaruh dengan tawaran itu , dia telah menerima kad kredit itu dan menggunakannya dalam pembayaran hampir kesemua perbelanjaannya seperti petrol,makan dan lain-lain.
Dalam masa beberapa bulan, dia telah menggunakan kad kredit sehingga mencapai had maksimum kerana dia hanya membayar nilai bayaran minima.Kerana merasa tidak cukup dengan hanya satu kad sahaja , dia telah memohon lebih banyak kad kredit daripada institusi kewangan lain.
Secara tidak sedar , akhirnya dia tidak mampu lagi membayar bayaran kesemua kad-kad kredit tersebut sehingga dia telah disenaraihitam oleh institusi kewangan.

Inilah salah contoh kisah seseorang yang bodoh dalam menguruskan hal kewangan mereka
"

Disini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya kita menguruskan kewangan dengan teratur dan betul demi kesejahteraan kita dimasa depan.Seperti yang selalu diwar-warkan,

"Kalau kita gagal dalam merancang , kita merancang untuk gagal "

Kita tidak perlu menjadi seorang yang bijak pandai untuk menjadi kaya.Hanya kebijaksanaan emosi adalah lebih penting untuk menjadikan kita kaya.*Kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja setelah kita menerima gaji setiap bulan,sama ada kita membelanjakannya ataupun kita menyimpannya untuk kegunaan masa depan.

Adakah kita sanggup berkorban untuk mendapatkan kepuasan ? Selama manakah kita mampu berkorban menahan untuk mendapatkan kepuasan itu ?Ini saya katakan kebijaksanaan emosi adalah amat penting dalam menjamin kehidupan masa depan yang selesa.

Perancangan kewangan ini melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan , impian dan matlamat anda,contohnya berkahwin , beli kenderaan dan rumah , mendapat cahaya mata dan pembiayaan pendidikan.**Perancangan kewangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek , sederhana mahupun panjang.Ianya adalah keputusan emosi anda.Bertangguh ? Anda mungkin akan menjadi lebih kaya.Ataupun berbelanja sekarang?
Dalam perancangan kewangan kita ini,terdapat dua persamaan yang amat penting iaitu* :
S = P - B
S:Simpanan , P:Pendapatan , B:Belanja

NB = A - L
NB:Nilai Bersih , A:Aset , L:Liabiliti
#Yang ini akan saya ceritakan lebih lanjut dalam bab seterusnya.


Disini, saya akan kongsikan apakah faedahnya dalam kita merancang kewangan kita ini.Ramai orang menganggap merancang kewangan ini adalah sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada perkara-perkara yang menyeronokkan.

Padahal jika kita pandai mengaturkan ataupun merancang kewangan secara teratur dan baik,kita juga dapat berseronok pada masa depan dengan kewangan yang berlebihan.

Dengan pelan kewangan peribadi , anda akan **:
# Mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan,hutang tidak terurus,kebankrapan ataupun kebergantungan kepada orang lain.

#Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang disekeliling anda,kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain.

#Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan,menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda.

#Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan,menggunakan dan melindungi sumber kewangan sepanjang hayat,bukan hanya untuk diri anda malah untuk mereka yang tersayang.

Pendekata,dengan pandai dalam merancang kewangan dengan secara bijak sahaja,anda akan dapat memastikan kehidupan yang terjamin dan juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.

Ref :
* Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia ; KCLAU
** Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak ; AKPK

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful Kami Najib : 0162085201 ( toman79@yahoo.com) Helmi : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja. Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa. Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | Dana kesihatan rakyat

90 peratus skim 1Care dibiaya kerajaan, baki potongan cukai individu

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang antara lain memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta tanpa mengira kedudukan sosial dan kewangan mereka.
Skim yang akan membabitkan penggabungan sistem pengurusan kesihatan kerajaan dengan swasta itu dijangka mewajibkan rakyat memilih atau melantik pengamal perubatan di klinik pilihan sebagai doktor keluarga dan pesakit hanya dirujuk ke hospital dengan sokongan doktor keluarga masing-masing.




Sumber : Berita Harian Online | Dana kesihatan rakyat

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib : 0162085201 ( toman79@yahoo.com)Helmi : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.