No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Buletin Bijak Wang | 23.6 juta berisiko maut akibat penyakit jantung menjelang 2030

LIMA tahun lalu, kira-kira 30 peratus atau 17 juta orang di seluruh dunia mati akibat penyakit kardiovaskular. Daripada jumlah itu, 7.2 kematian akibat serangan jantung dan 5.7 lagi kematian akibat strok.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah antara pembunuh nombor satu dunia terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Malah, kajian turut mendapati 80 peratus kematian itu adalah dari negara berkenaan.

Jika senario ini berterusan,
Dijangkakan 23.6 juta orang akan mati akibat penyakit jantung menjelang 2030 dan kebanyakannya akibat serangan jantung dan strok.
Penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung koronari atau serangan jantung, cerebrovaskular, tekanan darah tinggi, peripheral artery, reumatik, kongenital dan kegagalan jantung.

Mengambil rokok, gaya hidup yang tidak sihat dan kekurangan aktiviti fizikal adalah antara punca utama penyakit kardiovaskular.


Selain itu, penyakit darah tinggi turut menyumbang kepada strok secara tiba-tiba dan serangan jantung. Penyakit kencing manis turut mendedahkan pesakit kepada serangan jantung dan angin ahmar.

Gaya hidup yang kurang sihat turut menyumbang kepada kadar obesiti tinggi yang secara tidak langsung mendedahkan orang ramai kepada risiko serangan jantung dan strok.
Status sosioekonomi yang rendah turut mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit kardiovaskular.

Penyakit kardiovaskular turut menjejaskan sosioekonomi dan kehidupan seharian pesakit. Lazimnya, pesakit kardiovaskular sering menyerang kumpulan umur pertengahan yang secara tidak langsung turut menjejaskan pendapatan dan produktiviti golongan ini.

Ini menyebabkan kehilangan pendapatan dan bebanan kewangan terpaksa dipikul untuk menanggung kos perubatan serta rawatan.

Penyakit ini bukan saja menjejaskan kehidupan individu dan keluarga, malah, negara turut merasai tempiasnya kerana terpaksa menanggung bebanan ekonomi.

Kajian turut mendapati kira-kira 80 peratus kematian pramatang akibat penyakit jantung dan strok boleh dielakkan menerusi gaya hidup dan pemakanan yang betul, senaman berterusan dan mengelakkan asap rokok.

Dalam usaha mengurangkan risiko penyakit jantung di seluruh dunia ialah dengan memberi keutamaan individu yang mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit itu dan mereka yang sudah mempunyai penyakit berkenaan.

Antara contoh program yang boleh dilaksanakan kerajaan termasuk menguatkuasakan polisi menyeluruh kawalan tembakau, mengenakan cukai bagi makanan yang mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi, menyediakan prasarana berjalan kaki dan menunggang basikal dalam usaha meningkatkan aktiviti fizikal dan menyediakan makanan berkhasiat bagi pelajar sekolah.

Selain itu, rawatan dan perubatan berkesan bagi penyakit kardiovaskular turut disediakan.

Lazimnya, apabila seseorang itu menghidap serangan jantung atau strok, kadar kematian boleh menjadi rendah jika mereka menukar gaya hidup dengan lebih sihat dan pengambilan ubat.

INFO: Tips mengelakkan penyakit kardiovaskular

Lakukan senaman 30 minit sehari

Makan sekurang-kurang lima hidangan sayur dan buah sehari

Mengekalkan berat badan ideal

Berhenti merokok

Gunakan carta penilaian risiko penyakit kardiovaskular untuk menilai risiko serangan jantung dan strok

Sentiasa memeriksa tekanan darah dan kolestrol

Jika anda pesakit diabetes, kawal tekanan darah dan gula dalam darah untuk meminimumkan risiko komplikasi



PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib : 0162085201 ( toman79@yahoo.com)Helmi : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.






Sumber : Berita Harian Online | 23.6 juta berisiko maut akibat penyakit jantung menjelang 2030

0 comments:

Post a Comment