No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Tips | Panduan Untuk Menyediakan Pelan Perniagaan

Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk :
Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.

Ringkasan Eksekutif
Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan.

Peluang Perniagaan
Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian
Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk

Pelan Pemasaran
Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.

Pelan Operasi
Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.

Pengurusan dan Kakitangan Utama
Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.

Unjuran Kewangan
Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.


Sumber : Tips dari PUNB




PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami
Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )
Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja. Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa. Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

0 comments:

Post a Comment