Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
Insurans seperti Takaful dilihat penting dalam membantu keluarga terutamanya berpendapatan rendah kerana skim berkenaan bukanlah bermotif keuntungan sebaliknya lebih berbentuk kepada bantuan.
Malah katanya, ia juga dapat membantu keluarga berkenaan menikmati manfaat termasuklah perbelanjaan dalam menguruskan kematian ahli keluarga.
‘‘Kita perlu sedar bahawa apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga memerlukan perbelanjaan selain meneruskan kehidupan mereka. Melalui skim seperti ini ia dapat mengurangkan beban mereka.
‘‘Dengan kadar sangat rendah, ia merupakan salah satu sistem yang praktikal untuk dinikmati oleh orang ramai dan peserta selain ia tidak membebankan mereka,” katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat: Bulan Ekonomi dan Usahawan Serta Pelancaran Khairat Kematian Takaful Ikhlas UMNO Bahagian Jempol di sini semalam.
Sementara itu salah seorang penerima khariat kematian Takaful, Bibah Namat, 52, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diterima kerana ia dapat meringan beban keluarganya setelah kehilangan suaminya baru-baru ini.
‘‘Saya melihat skim ini amat baik dan mampu melindungi keluarga sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia, 25hb Julai 2010
0 comments:
Post a Comment