No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Empat syarikat usaha sama dapat lesen takaful

Kerajaan meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama.
Syarikat berkenaan ialah usaha sama


* American International Assurance Bhd (70%) - Alliance Bank Malaysia Bhd (30%)
* AMMB Holdings Bhd (70%) - Friends Provident Group plc UK (30%)
* ING Management Holdings(M)Sdn Bhd (60%) - Public Bank Bhd (20%) - Public Islamic Bank Bhd (20%)
* The Great Eastern Life Assurance Company Ltd (70%) - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (30%)

Bank Negara Malaysia berkata, empat lesen baru itu yang dikeluarkan di bawah Akta Takaful 1984, mengambil kira kekukuhan dan ketahanan kedudukan kewangan, rekod prestasi, kepakaran, pelan perniagaan dan sumbangan pemohon terhadap pembangunan sektor kewangan tempatan.
“Pengendali takaful keluarga baru ini akan dapat memberikan manfaat besar kepada kemajuan pembangunan industri takaful keluarga di Malaysia.
“Ini akan membantu dalam usaha menembusi bidang perniagaan dalam industri takaful keluarga termasuk produk takaful mikro, perubatan dan persaraan,” katanya dalam kenyataan mengumumkan perkara itu di Kuala Lumpur semalam.
Bank pusat itu berkata, pengendali takaful keluarga baru berkenaan juga akan memberi sumbangan besar dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.
Susulan pengumuman pada 27 April berhubung pengeluaran dua lesen takaful keluarga di bawah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, ia telah menerima beberapa permohonan untuk lesen takaful keluarga.
Bank Negara menegaskan, dalam keadaan ekonomi semasa, wujud peluang dan potensi luas bagi industri insurans dan takaful.

Sumber: Berita Harian, 2hb September 2010

0 comments:

Post a Comment