No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Syarikat insurans, takaful sepadukan sistem NCD

Posted by maatakaful In , , , | 0 comments»
Semua syarikat takaful dan insurans kenderaan bermotor tempatan telah menyepadukan sistem mereka dengan sistem ISM No Claim Discount yang dikendalikan ISM Insurance Services Malaysia Bhd.

Penyepaduan itu menjadikan sistem ISM No Claim Discount sebagai pusat rujukan setempat bagi kadar Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) yang layak bagi seseorang pelanggan insurans kenderaan bermotor.

ISM Insurance Services dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata,
Ia juga akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan kawalan bagi syarikat insurans dan takaful dalam perniagaan insurans kenderaan bermotor di negara ini yang bernilai RM6 bilion.

“Dengan dasar baru itu, semua sistem syarikat insurans dan takaful disambungkan dengan pangkalan data pusat, justeru pengguna tidak lagi perlu menunjukkan bukti bagi mendapatkan Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) apabila membeli insurans kenderaan bermotor,” katanya sambil menambah pengguna juga akan secara automatik disediakan dengan NCD yang layak berdasarkan kepada tarikh berkuat kuasa polisi baru.

Syarikat itu berkata, bagi memastikan ketelusan, pengguna boleh mengesahkan kadar NCD yang mereka layak secara dalam talian di www.carprices.com.my.

Sementara itu, Ketua Eksekutif ISM Insurance Services, Carl Rajendram dalam kenyataan itu menasihatkan pengguna supaya turut memeriksa NCD melalui sistem ISM serta memaklumkan syarikat insurans mereka supaya mengemaskininya, jika ada sebarang kesilapan maklumat.

“Senarai syarikat insurans dan takaful yang ada boleh didapati melalui laman web ISM di www.ism.net.my atau dengan menghubungi 03-22603289,” katanya.

Sumber: Berita Harian, 1hb Julai 2010

0 comments:

Post a Comment