No man is such a conqueror as the man who has defeated himself
Showing posts with label Insurance. Show all posts
Showing posts with label Insurance. Show all posts

Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan beban keluarga


TAHAP kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan Insuran Perubatan dan Kesihatan (IPK) di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan jiran di selatan tanah air. Keadaan ini didorong faktor kos perubatan yang sangat tinggi di negara berkenaan berbanding Malaysia yang sebahagian besar kos rawatan dan ubat-ubatan masih ditanggung kerajaan.

Walaupun hospital kerajaan mempunyai lebih kepakaran dan kelengkapan namun peningkatan jumlah pesakit yang perlu dirawat menjadikan proses berkenaan mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang disahkan mengalami penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Di sini, IPK iaitu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan, memainkan peranan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos penyakit kritikal tetapi juga bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar sejumlah wang tertentu semasa menjalani rawatan.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Heng Zee Wang, berkata selain kesedaran sejak awal lagi untuk dilindungi IPK, pelanggan perlu tahu butiran penting seperti apa yang mereka mahu lindungi, memahami istilah yang terkandung dalam polisi, tempoh matang atau menunggu, bayaran bersama, tempoh membuat keputusan dan syarat berkaitan.
Malah, tegasnya, tidak cukup dengan minat terhadap polisi insurans itu saja kerana pelanggan juga perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi atau pelan berkenaan. Dengan maklumat ini, pelanggan dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk dirinya.

"Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan polisi insuran, kami sarankan memilih polisi yang asas dan mengikut kemampuan seperti jenis polisi utama yang biasa ditawarkan iaitu Insuran Hospital dan Pembedahan, Insuran Penyakit Kritikal, Insuran Pendapatan Akibat Hilang Upaya dan Insuran Pendapatan Hospital.
"Insurans melindungi pelanggan daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai," katanya.

Lazimnya, kata Heng, pelanggan akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahuilah perkara penting ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak sebagai pengguna sentiasa terpelihara. Ini seperti mengetahui senarai panel hospital, cara membuat tuntutan, tarikh luput polisi insuran dan sebagainya.

"Mengenalpasti senarai panel hospital adalah antara perkara utama selain memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai syarikat insuran dan jenis polisi insuran yang melindungi diri anda.

"Di sini, pentingnya hubungan baik antara pemegang polisi dengan ejen atau penasihat kewangan kerana mereka adalah pengantara yang akan menghulurkan sebarang maklumat mahupun bantuan setiap kali diperlukan," katanya yang menegaskan maklumat dan dokumen lengkap mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan.

Pemegang polisi juga, kata Heng, perlu tahu dan dimaklumkan mengenai pengecualian dalam polisi IPK dan perlu bertanya kepada ejen insuran sekiranya kurang faham. Antara pengecualian itu termasuk syarat pra wajib iaitu tidak mendedahkan masalah kesihatan sedia ada ketika membeli polisi; mengalami masalah mental, peperangan mahupun rusuhan, tempoh menunggu di mana anda tidak layak membuat tuntutan dalam tempoh empat bulan pertama perlindungan kecuali kecederaan akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jelasnya, usaha menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya perlindungan insuran bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama.

"Membeli insuran bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insuran adalah jaminan yang dibeli bagi melindungi perkara yang belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insuran mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nak terngadah.


INFO: Panduan membeli insurans

Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen dan ejen insurans yang sah.
Buat perbandingan kadar premium.
Fahami had perlindungan, terma dan syarat polisi.
Pilih polisi asas dan mampu.
Periksa tarikh kuat kuasa insuran.
Isi borang permohonan dengan teliti.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans dan bukan ejen.
Baca dan fahami polisi anda apabila anda menerimanya.



Sumber : http://www.bharian.com.my/Adv/InsuransJaminRawatan

Insurance Providers Overlooking Opportunities, Says Study

KUALA LUMPUR, Oct 28 (Bernama)-- While some insurance providers are selling more insurance products to the same household or customers, many are overlooking opportunities to multiply their business with existing ones.

According to the findings of, "What's Critical in the Insurance Vertical", over 55 per cent of consumers polled have held their existing insurance policies for more than five years and are open to receiving information from their trusted providers on new or complimentary services.

Meanwhile, an impressive 21 per cent of consumers purchased or increased the value of existing policies after being approached through different modes of communication.

"However, only seven per cent of marketers in the insurance vertical, value up-sell and cross sell tactics, as a critical route to revenue," said the new study by the chief marketing officer (CMO) council.

The study was sponsored by InfoPrint Solutions Company, a Ricoh company, who released details of the study here Thursday.

The council said that marketers in the insurance space have tremendous opportunity to increase customer lifetime value by executing data-driven, targeted retention marketing strategies.

Yet, many feel, they must focus on acquisition strategies or servicing the needs of top performing or strategic accounts.

Among key findings, the new report benchmarks the critical drivers to customers engagement in the insurance vertical.

Over the 100 insurance marketers provided insight on how they market and sell insurance, while over 1,100 consumers provided feedback on their experiences shopping for insurance and selecting providers.







Source : BERNAMA

4,786 staf Jabatan Pelajaran sertai Skim Takaful

Seramai 4,786 petugas Jabatan Pelajaran Johor menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, kesemua mereka terdiri daripada petugas pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan jabatan tersebut.
Katanya, sebaik sahaja skim itu diperkenalkan sambutan yang diberikan petugas berkenaan menggalakkan kerana bayaran hanya dikenakan RM14 setahun berbanding penyertaan individu kira-kira RM50 setahun.
“Kami galakkan mereka menyertai skim ini kerana mereka ini terdedah dengan kerja seperti mengawal selia kertas-kertas soalan peperiksaan.

“Kerja-kerja seumpama ini perlu skim tersebut kerana mereka terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Pengurusan, Pengendalian dan Keselamatan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, hari ini.
Selepas itu, Sufaat menyampaikan cek pampasan kepada dua balu yang suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bertugas.
Mereka yang menerima pampasan itu ialah, Zuina Hussain, 48, balu kepada Yaaccob Markom dan Zainab Hassan, 54, balu kepada Mohd. Rasit Asan, yang masing-masing menerima cek pampasan bernilai RM10,000, dari Takaful Ikhlas.
Sementara itu, Zuina yang ditemui berkata, suaminya meninggal dunia akibat diserang sakit jantung pada 27 April lalu.
Suri rumah sepenuh masa dan ibu empat anak itu berkata, wang tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi menyara keperluan harian dan pelajaran anak-anaknya.
“Saya bersyukur dengan wang pampasan itu, kerana dapat meringankan bebanan keluarga serta menambah pendapatan yang kini menyara kehidupannya dengan menjual kuih di Bachok, Kelantan,” katanya.
Begitu juga dengan Zainab yang menyifatkan pemergian suaminya merupakan satu kehilangan yang amat dirasai beliau dan empat anaknya.
Zainab yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat berkata, suaminya yang berjawatan Penyelia Kawasan Daerah Batu Pahat, meninggal dunia pada 9 Mac lalu kerana serangan jantung.
Katanya, wang pampasan yang diperolehi akan digunakan bagi membiayai pelajaran dua anaknya yang masih menuntut di Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Sumber: Utusan Malaysia, 23hb Ogos 2010

PATINA 77 - PELAN KEMALANGAN DIRI



PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) yang  ditawarkan MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada.


Perlindungan Tambahan :
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut :


1-  Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
2-  Ketika terlibat dalam sukan atau hobi
3-  Kemalangan bencana alam 
4-  Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya
5-  Berpunca daripada mogok ,rusuhan dan kekacauan awam
6-  Pembunuhan dan penyerangan
7-  Lemas
8-  Lemas akibat wap /gas beracun
9-  Keracunan makanan dan minuman
10- Pengaruh dadah (yang dibenarkan oleh doktor berdaftar )



PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.



Patina 77 mempunyai jadual seperti berikut :-


i) Jadual Sub Plan
Terdapat 4 jenis pelan-sub yang dinamakan sebagai ‘Diamond’, ‘Gold’, ‘Silver’ dan ‘Bronze’.

                                        












ii) Jadual Pelan
Terdapat 7 jenis pelan, dinomborkan daripada 1 sehingga 7. Pelan 1 menawarkan perlindungan dari RM50,000 sehinga RM1,000,000 (1 juta) untuk Pelan 7.



                                                        

 





















iii) Jadual Caruman
Disini boleh dibandingkan setiap nilai caruman yang diperlukan oleh setiap pelan untuk rujukan.


                                          










Pekerjaan yang TIDAK DILINDUNGI dalam Patina 77


• Pembawa Wang Profesional
• Penyelam
• Pemandu Lumba
• Joki Kuda
• Penguji Kapal Terbang
• Juruterbang atau Kakitangan Kapalterbang
• Pemunggah Kargo
• Pengendali Letupan
• Pekerja Yang Terlibat Dengan Perobohan Bangunan
• Pekerja Penerowongan dan Bawah Tanah
• Wartawan Perang
• Penggergaji
• Pekerja Pelantar Minyak
• Pekerja Pembalakan
• Bomba
• Pelaut dan Nelayan
• Jurumesin Kerja Kayu
• Martial Art, Boxers and Wrestlers
• Pekerja Yang Terlibat Dengan Perkihdmatan Ambulans
• Tukang Menara
• Polis
• Tentera
• Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang
• Pinjaman Wang Tidak Berlesen
• Perjudian Tidak berlesen
• Mana-mana kegiatan Haram









PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)


Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

PERTANYAAN/SEBUT HARGA SECARA PERCUMA





Nama *
Jantina *Lelaki
Wanita
Tarikh Lahir * Select Date
Pekerjaan *
No.Telefon *
E-mail Address: *
Merokok *Ya
Tidak
Pernah menghidap sebarang penyakit kritikal ( Jika ada , Nyatakan ) *
Jenis Pelan yang berminat
Bajet Premium Bulanan
Subject: *
Pertanyaan

* RequiredContact Forms For Your Site

SMART MEDIC 100

 

SMART MEDIC 100 ( SM 100) adalah satu Pelan Kad Kesihatan (medical card) yang di keluarkan oleh MAA Takaful Berhad.

Kad Perubatan Individul yang bertaraf VVIP ini disediakan adalah SEMATA-MATA untuk membantu anda ketika berada di Hospital Pakar mahupun Hospital Kerajaan dimana segala bayaran/bil/kos perubatan adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya 100% oleh pihak MAA.

SMART MEDIC 100 ( SM100 ) ini direka khas untuk melindungi :
ANDA
ISTERI ANDA
ANAK- ANAK ANDA
IBU / BAPA ANDA

Bagaimana Smart Medic 100 membantu anda?
#Menjamin perlindungan kewangan bagi pembiayaian bil-bil rawatan di hospital kerajaan mahupun swasta*
"Anda dan ahli keluarga akan berpeluang menjalani rawatan dengan tenang tanpa memikirkan pasal bayaran yang perlu dikeluarkan kerana Smart Medic 100 akan menguruskan segala pembayaran bil-bil perubatan sepenuhnya dengan bantuan percuma 24 jam."

#Menawarkan khairat kematian bagi anda dan ahli keluarga anda.
"Ahli keluarga anda akan menerima khairat kematian sebanyak RM5000 jika berlakunya kematian semua sebab.**"

#Menyediakan elaun tunai bagi kemasukan di hospital kerajaan.*
"Berita baik untuk anda yang menjalani di hospital kerajaan kerana selain anda akan ditanggung sepenuhnya atas bil rawatan,anda juga akan mendapat imbuhan sehingga RM85 sehari selama 200 hari setahun !!!"
* tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)
** Hanya kematian sebab bunuh diri sahaja selepas setahun mencarum.


Apa yang ISTIMEWAnya Smart Medic 100 untuk anda
#Merupakan Kad Perubatan Tunggal ( Stand Alone Medical Card )
"Smart Medic 100 memberi peluang untuk anda dan keluarga anda menerima perlindungan kesihatan yang maksimum tanpa dibebani bayaran premium yang tidak munasabah.Dengan ada kelebihan ini,anda dapat mengunakan duit yang selebihnya untuk melabur di tempat yang memberi pulangan yang lebih.*"

#Menawarkan wad ataupun bilik mewah di hospital
"Dengan Smart Medic 100 ini , anda dan keluarga anda berpeluang untuk menginap dengan selesa di wad/bilik semahal RM450 sehari.*"

#Menawarkan 4 Pelan yang terbaik untuk pilihan diri anda dan keluarga.
"Demi memikirkan kemampuan anda dizaman ekonomi yang serba mencabar ini, Smart Medic 100 menawarkan 4 pelan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda membuat pilihan mengikut kesesuaian dengan kemampuan anda untuk memberi perlindungan maksimum dan komprehensif kepada anda dan keluarga anda.*"

#Menyediakan perlindungan diseluruh dunia.
"Selain perlindungan di Malaysia , anda dan keluarga anda ditawarkan ketenangan dalam menjalani pelancongan di luar negara kerana anda dan keluarga dilindungi oleh Smart Medic 100 di mana-mana sahaja di serata dunia."
- Program Bantuan Perubatan Antarabangsa
- Bantuan Perjalanan**
- Bantuan Kereta **
- Bantuan Kediaman **

#Pelepasan Cukai Tahunan
"Anda diberi pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun dengan hanya memiliki Kad Perubatan Smart Medic 100."

#Panel Hospital Yang Terbaik Di Seluruh Negara
"Demi memberi keselesaan kepada anda dan ahli keluarga anda , Smart Medic 100 mempunyai panel-panel hospital yang terbaik di seluruh negara hanya untuk anda dan keluarga anda."

#Menawarkan perkhidmatan menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan
"Anda diberi peluang untuk menaiktaraf kadar bayaran Bilik dan Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang anda layak kerana Smart Medic 100 memberi peluang demi keselesaan diri anda dan ahli keluarga anda dalam menjalani rawatan hospital."

#Segala Pembaharuan Polisi dijamin
"Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun."

#Smart Medic 100 adalah produk Maa Takaful
"Maa Takaful telah menerima anugerah takaful terbaik 2 kali berturut-turut 2009 - 2010 .Ini menunjukkan produk ini disediakan oleh syarikat yang mempunyai reputasi, amalan,layanan dan perkhidmatan yang terbaik berbanding yang lain."
* Tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)
** Khidmat Rujukan sahaja.



P.S : SM100 boleh di ambil oleh pelanggan dalam bentuk 'stand alone' atau di jadikan sebagai riders dalam Produk MAA Takafulink (MTL) atau MAA Takaful Education (MTEDU)

PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( najib.maatakaful@gmail.com )

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Di sini ,Kami juga lampirkan manfaat-manfaat Kad Perubatan VVIP kami ,iaitu Smart Medic 100 untuk rujukan pihak anda.

JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 :
 
( Klik di image untuk besarkan image )

Jadual Premium setahun Kad Perubatan VVIP kami , SMART MEDIC 100 :
 
Nilai sumbangan tahunan


PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)
Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

PERTANYAAN@SEBUT HARGA SECARA PERCUMA