No man is such a conqueror as the man who has defeated himself
Showing posts with label kepentingan takaful. Show all posts
Showing posts with label kepentingan takaful. Show all posts

Kepentingan Takaful Kepada Anda


PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN

YANG PENTINGNYA, IANYA SEBAGAI SIMPANAN & PERLINDUNGAN ANDA.

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ?.

Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK?

- Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya ???
- Bila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!!
- Walaupun barangan yang tidak kita perlukan tetapi kerana ianya berharga murah semasa MEGA SALES.

Hanya Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap.

Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :

Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.

Untuk pendapatan masa tua.

Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.

Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.


Kepentingan Takaful :

PENDIDIKAN ANAK


MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :

Apabila mereka meningkat dewasa, kita menginginkan satu permulaan yang baik.

Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.

Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.

Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.

TABUNG PELAJARAN BERPERLINDUNGAN

Kita semua sedia maklum yang bayaran YURAN PENGAJIAN semangkin naik setiap tahun. Peratusan semasa bilangan anak anak yang cerdik semangkin meningkat. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka.

Pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak anak yang boleh diberikan oleh ibubapa. Tentunya anak yang berkerjaya menjadi impian ibu bapa. Persaingan untuk Pekerjaan yang baik pada masa hadapan sangat tinggi antara orang orang yang berpelajaran.

Semua orang akan mencari perkerjaan yang menjamin masa hadapannya, tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran.

Polisi pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan anda.

PENYAKIT SERTA BIL HOSPITAL
Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.


Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala.

Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.

- JIKA KITA TIDAK DILINDUNGI DENGAN MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL -

Apabila simpanan kita semakin berkurangan dan kering ???

Kemana kita akan pergi ? Bank atau Saudara Mara ???

Memikirkan Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta yang perlu dibayar dan lain lain...

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG.

Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?

SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?

Minta pertolongan kedua orang tua kita.

SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?

- Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.

Mereka pun sama macam kita - tak ada ?

- Minta Bantuan dari Saudara mara.

Berapa banyak mereka boleh bantu anda.

- Minta bantuan rakan rakan.

Bolehkah mereka banyak menolong ?

Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai...Jabatan Kebajukan....

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :

- Bil - RM16-50.....Pastinya kita masih mampu.

- Bil - RM500-1000...Kita boleh mengambil dari wang simpanan kita...

- Bil - RM20,000 hingga RM100,000......Bagaimana ????

Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.

ADAKAH KITA AKAN MENGAMBIL LANGKAH TERAKHIR INI ???

ADAKAH KITA SANGGUP MELIHAT PENDERITAAN KELUARGA KITA UNTUK MENUNGGU EHSAN ORANG LAIN ???

BIL HOSPITAL YANG MAKIN MENINGKAT

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,anda KEBIASAAANNYA dikehendaki untuk membayar wANG PENDAHULUAN sebelum mendapat rawatan.

Selepas itu pula,anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital dan jika tidak mampu , ANDA AKAN DITAHAN.Jika selesai membayar kesemuanya , barulah anda dibenarkan keluar dari hospital.

Zaman sekarang ,bil hospital menjadi semakin meningkat dan sangat tinggi,ia akan MAKIN MENINGKAT pada masa hadapan.

BAGAIMANA ANDA INGIN MEMBAYARNYA ...?

Kad Kredit..?

Hasil Pendapatan Tunai..?

Duit Simpanan..?

Meminjam..?

Memajakkan barang kemas..?

Mencagarkan Rumah..?

Menjual Kereta..?

ataupun seperti gambar dibawah .?


Janganlah kita menambah penderitaan keluarga kita dengan penyakit kita dengan membebankan lagi perbelanjaan rawatan yang sepatutnya kita boleh elak dari menanggung bebannya.

PINDAHKAN SEMUA BEBANAN INI KEPADA KAMI

Bagaimana ..??

Kami ada Cara untuk menangani masalah seperti ini.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat


GAJI ANDA


Semua KELUARGA memerlukan keperluan Asas untuk meneruskan kehidupan.

Pernahkah anda terfikir jika anda tidak mendapat gaji pada bulan ini mahupun bulan-bulan seterusnya....

- Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini....?
- Bagaimana anda ingin menanggung setiap keperluan untuk anak-anak anda mahupun untuk isteri anda...?
- Bagaimana keadaan keluarga anda ?

Tanyakan Pada Diri Anda :

RENUNGKAN BAGAIMANA KEHIDUPAN ANAK-ANAK DAN ISTERI ANDA TANPA ANDA

1) Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?

2) Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya.

Situasi ini mungkin akan menimpa ANDA , Keluarga ANDA atau KITA ???
Fikirkan keluarga anda tinggal dengan suasana bahagianya di tingkat 2 apartment.Dan , pada suatu ketika tanpa diduga terjadilah satu kebakaran. Mereka tentu akan mencari tangga untuk mereka melepaskan diri dari bencana itu.

TETAPI.....Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?

Apakah cara untuk mereka melepaskan diri .?

Mungkin mereka TERPAKSA terjun dan ini adalah suatu RISIKO YANG TINGGI yang mana mungkin mereka akan mendapat kecederaan yang tidak sepatutnya .

BEGITULAH situasi kehidupan kita hari ini dengan PENDAPATAN kita ini merupakan kehidupan yang bahagia bagi diri mereka tetapi secara tiba-tiba sekiranya kehidupan kita ini terhenti MAKA pendapatan kita juga terhenti.

Secara tidak langsung terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan keluarga.


Jika keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi , mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah menyediakan tangga untuk mereka melepaskan diri , mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Jadi , tiada menjadi salahnya jika kita merancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak-anak kita.

Menyimpan Lebih Sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga anda lebih sempurna.


"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"


Pendapatan Semasa Pencen

KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELANJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik.

UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)

Contoh :

Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan Perbelanjaan RM 1,000.00

Setahun anda memerlukan :
RM 12,000 x 20 tahun = RM 240,000.00,

Kita masih lagi gagal untuk menyimpan.

Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.





Haji / Umrah / Bercuti



SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN

Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.





Wanita


WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:-

Lindungi Pendapatan
Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

Pendapatan Pencen
Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.

Pendidikan Untuk Anak Anak .
Menyayangi anak sediri, anak saudara dsb dengan menampung perbelanjaan pembelajaran mereka akan membuat hidup mereka ini lebih bermakna.





Kecacatan Kekal/Hilang Daya Upaya Kekal

SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI

Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan.

Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.

Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.

Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.

Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ???

Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ???

Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat

Hubugi wakil takaful anda sekarang!

Info | Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans

Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans


Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian tidak akan diwajibkan untuk membeli pakej lengkap perlindungan insurans daripada ejen pelancongan sah dan berlesen kerana ia lebih baik jika ditawarkan sebagai pakej pilihan supaya tidak membebankan jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata adalah lebih baik ia ditawarkan secara pilihan kepada peserta yang menunaikan haji dan umrah secara persendirian kerana ia adalah hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan diinginkan.
Beliau berkata, kerajaan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) juga tidak pernah mengenakan sebarang kos tambahan bagi membiayai takaful kepada jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, jika ada pihak lain yang mahu memperkenalkannya itu adalah baik tetapi saya rasa biar ia ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal haji yang memerlukan perkhidmatan itu.

“Saya perlu jelaskan kerana saya juga menerima rungutan daripada orang ramai yang keliru kerana menganggap ia turut dikenakan ke atas bakal haji yang pergi melalui Tabung Haji.

“Kita tidak pernah kenakan pakej tambahan ini kerana pakej tambang yang kita tawarkan merangkumi semua, termasuk perlindungan takaful dengan bayaran bernilai RM10 setiap seorang peserta,” katanya selepas melancarkan cawangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, semalam.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun dilaporkan berkata, syarat itu selaras ketetapan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992 yang mewajibkan jemaah haji dan umrah mendapat perlindungan takaful.


sumber:Berita Harian Online | Tunai haji secara persendirian tak perlu pakej lengkap insurans

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan beban keluarga


TAHAP kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan Insuran Perubatan dan Kesihatan (IPK) di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan jiran di selatan tanah air. Keadaan ini didorong faktor kos perubatan yang sangat tinggi di negara berkenaan berbanding Malaysia yang sebahagian besar kos rawatan dan ubat-ubatan masih ditanggung kerajaan.

Walaupun hospital kerajaan mempunyai lebih kepakaran dan kelengkapan namun peningkatan jumlah pesakit yang perlu dirawat menjadikan proses berkenaan mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang disahkan mengalami penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Di sini, IPK iaitu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan, memainkan peranan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos penyakit kritikal tetapi juga bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar sejumlah wang tertentu semasa menjalani rawatan.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Heng Zee Wang, berkata selain kesedaran sejak awal lagi untuk dilindungi IPK, pelanggan perlu tahu butiran penting seperti apa yang mereka mahu lindungi, memahami istilah yang terkandung dalam polisi, tempoh matang atau menunggu, bayaran bersama, tempoh membuat keputusan dan syarat berkaitan.
Malah, tegasnya, tidak cukup dengan minat terhadap polisi insurans itu saja kerana pelanggan juga perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi atau pelan berkenaan. Dengan maklumat ini, pelanggan dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk dirinya.

"Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan polisi insuran, kami sarankan memilih polisi yang asas dan mengikut kemampuan seperti jenis polisi utama yang biasa ditawarkan iaitu Insuran Hospital dan Pembedahan, Insuran Penyakit Kritikal, Insuran Pendapatan Akibat Hilang Upaya dan Insuran Pendapatan Hospital.
"Insurans melindungi pelanggan daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai," katanya.

Lazimnya, kata Heng, pelanggan akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahuilah perkara penting ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak sebagai pengguna sentiasa terpelihara. Ini seperti mengetahui senarai panel hospital, cara membuat tuntutan, tarikh luput polisi insuran dan sebagainya.

"Mengenalpasti senarai panel hospital adalah antara perkara utama selain memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai syarikat insuran dan jenis polisi insuran yang melindungi diri anda.

"Di sini, pentingnya hubungan baik antara pemegang polisi dengan ejen atau penasihat kewangan kerana mereka adalah pengantara yang akan menghulurkan sebarang maklumat mahupun bantuan setiap kali diperlukan," katanya yang menegaskan maklumat dan dokumen lengkap mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan.

Pemegang polisi juga, kata Heng, perlu tahu dan dimaklumkan mengenai pengecualian dalam polisi IPK dan perlu bertanya kepada ejen insuran sekiranya kurang faham. Antara pengecualian itu termasuk syarat pra wajib iaitu tidak mendedahkan masalah kesihatan sedia ada ketika membeli polisi; mengalami masalah mental, peperangan mahupun rusuhan, tempoh menunggu di mana anda tidak layak membuat tuntutan dalam tempoh empat bulan pertama perlindungan kecuali kecederaan akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jelasnya, usaha menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya perlindungan insuran bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama.

"Membeli insuran bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insuran adalah jaminan yang dibeli bagi melindungi perkara yang belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insuran mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nak terngadah.


INFO: Panduan membeli insurans

Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen dan ejen insurans yang sah.
Buat perbandingan kadar premium.
Fahami had perlindungan, terma dan syarat polisi.
Pilih polisi asas dan mampu.
Periksa tarikh kuat kuasa insuran.
Isi borang permohonan dengan teliti.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans dan bukan ejen.
Baca dan fahami polisi anda apabila anda menerimanya.



Sumber : http://www.bharian.com.my/Adv/InsuransJaminRawatan