No man is such a conqueror as the man who has defeated himself
Showing posts with label heart attack. Show all posts
Showing posts with label heart attack. Show all posts

Buletin Bijak Wang | Risiko sakit jantung bagi penonton TV

MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam.

Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011.

Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali.

Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko maut akibat kardiovaskular.

Kajian ini juga mencadangkan faktor metabolik dan keradangan berkait dengan tabiat duduk lama dan risiko kesihatan jantung.

"Orang yang menghabiskan masa berlebihan di depan skrin seperti menonton televisyen akan mempunyai kebarangkalian untuk mati secara tiba-tiba dan menderita masalah berkaitan kesihatan jantung.

"Analisis kami juga mencadangkan mereka yang menghabiskan masa dua jam ke atas setiap hari di depan skrin meletakkan dirinya berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung," ujar Dr. Emmanuel Stamatakis, dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Kolej Universiti London, United Kingdom.

Malah risiko kematian bagi mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton skrin hiburan meningkatkan sebanyak 125 peratus, berbanding 48 peratus bagi mereka yang cuma menghabiskan masa kurang dua di depan televisyen.

Tabiat tersebut meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, Indeks Jisim Badan (BMI) dan penyakit-penyakit berkaitan merokok.

Penemuan ini turut mencadangkan pengamal kesihatan awam membuat garis panduan dengan menganjurkan gerakan-gerakan senaman ringkas dan cara duduk yang betul terutama pada individu berumur dan menghabiskan banyak masa secara tidak aktif.

Antaranya seperti membongkok di bawah meja atau komputer.

"Ini sebenarnya tentang tabiat. Kita macam sudah diprogram, balik rumah terus tekan suis televisyen dan duduk sehingga berjam-jam lamanya. Memanglah ia satu perkara yang seronok dan senang dibuat, tapi ketahuilah dengan tabiat seperti itu memburukkan kesihatan jantung dan kesihatan anda secara keseluruhannya," ujar Dr. Stamatakis.

Satu lagi penemuan hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal tersebut ialah, duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek.

Penyelidik juga akan mencari formula bagaimana untuk mengubah suai kehidupan demi mengurangkan masa duduk dan meningkat pergerakan dan senaman.

Secara umumnya, kajian tersebut telah melibatkan seramai 4,512 orang dewasa yang juga merupakan responden daripada Kajian Kesihatan Scotland 2003.

Sejak tahun tersebut sejumlah 325 kematian daripada pelbagai punca dan 215 penyakit berkaitan jantung terjadi sepanjang tempoh purata 4.3 tahun kaji selidik.

Waktu menonton yang diukur dalam kajian ini termasuk mereka yang suka menonton DVD/TV, permainan video dan termasuk menggunakan komputer untuk tujuan berhibur.





Sumber : Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Buletin Bijak Wang | Pesakit jantung muda meningkat


20 PERATUS pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam.

Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

“Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda,” terang doktor.

Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung .

Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka bergegas berjumpa doktor dan diberitahu apa yang mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala sakit jantung.

Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.

Misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung membuatkan orang ramai terfikir, betapa jahatnya penyakit jantung.

Pendek kata, sakit jantung kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang malu-malu seperti mana pernah dipertontonkannya dahulu.

Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang-orang kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti tabiatnya sebelum ini.

Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap menyerang golongan muda.

Meningkat

Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi,;
20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.

Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor ;
Bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu
7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.

* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat

* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

* Kepala berpusing

* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.

“Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.



P/S : Sekarang kerap kita dengar kes-kes ramai orang muda sudah mendapat penyakit serangan jantung.Kita selalu fikir bahawa kita masih muda,masih lagi kuat , tiada penyakit tetapi cuba kita lihat, sejak kebelakangan ini , orang muda sudah dapat sakit jantung , barah , penyakit buah pinggang , dan pendekata banyak kematian melibatkan orang muda.Oleh itu , di sini keperluannya Takaful kepada diri kita untuk kemudahan di masa depan untuk keluarga kita.Sekurang-kurangnya kita sudah ada sesuatu untuk bekalan supaya tiada penyesalan.

Ingatlah,ketika muda lah kita kena membaja untuk kita dapat menuai di ketika kesusahan.


* SMART MEDIC 100
* PATINA77




Sumber : Utusan Malaysia Online - Kesihatan

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | Muda diserang jantung

KEBELAKANGAN ini banyak paparan berita membabitkan golongan terkenal yang meninggal pada usia muda kerana serangan jantung.

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan berita kematian pelakon Faizal Yusof, 33 yang menyusuli pemergian penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45 dan penyanyi nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40 — semuanya akibat serangan jantung.

Penyakit jantung memang dinobatkan sebagai penyakit pembunuh nombor satu di negara kita dan dengan adanya pelbagai kempen Kementerian Kesihatan, rasanya semua orang tahu faktor risiko untuk mendapatnya.

Meskipun pengetahuan itu ada, ia belum mampu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk benar-benar berusaha mencegahnya.

Buktinya catatan kes sakit jantung tetap tinggi, malah yang lebih membimbangkan ialah :
Adanya ‘trend’ penyakit ini mula menular pada golongan muda sekitar umur 30-an dan 40-an

sedangkan ia pada asalnya dikategorikan sebagai penyakit orang tua (60 tahun ke atas) kerana peningkatan umur antara faktor risiko penyakit jantung yang tidak boleh dikawal.

Sebut saja apa kaedah rawatan terkini untuk penyakit jantung, boleh dikatakan semuanya ada di negara kita, tetapi ia masih tidak boleh menjamin setiap pesakit dapat diselamatkan apabila mengalami serangan jantung.

Malah ramai pakar kardiologi (jantung) menyifatkan pesakit yang berjaya mengharungi serangan jantung pertama sebagai sangat bertuah dan perlu menghargai peluang ‘hidup kali kedua’ dengan sebaik-baiknya. Ini kerana ramai pesakit meninggal dunia pada serangan jantung pertama.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, penyakit jantung memberi impak atau kesan besar dalam kehidupan seseorang.

Ia tidak hanya membabitkan pesakit malah kesannya turut dirasai banyak pihak, termasuk keluarga, masyarakat dan negara kerana kos untuk rawatan sakit jantung bukan murah.

Sakit jantung ada banyak puncanya, tetapi paling utama disebabkan penyumbatan salur darah. Untuk masalah ini banyak kaedah rawatan ditawarkan seperti angioplasti, ubat dan pembedahan.

Kaedah angioplasti yang paling mudah ialah memasukkan kateter yang membawa belon ke dalam salur darah tersumbat.

Apabila sampai ke bahagian ini, belon dikembangkan untuk membuka semula saluran darah yang sempit akibat pengumpulan plak kolesterol.

Kemudian belon ini dikuncupkan dan ditarik keluar. Walaupun kaedah ini membantu ramai pesakit, 25 hingga 30 peratus pesakit mengalami penguncupan semula salur darah di bahagian tersumbat selepas belon dikeluarkan.

Dalam kes seperti ini, stent digunakan untuk memastikan masalah penguncupan semula salur darah tidak berlaku. Stent ialah satu alat seperti jaring dawai yang sangat halus diperbuat daripada logam.

Bagaimanapun, logam boleh menyebabkan pengumpulan darah yang akhirnya menyekat aliran darah di bahagian berkenaan. Ini sebabnya semua pesakit perlu mengambil ubat pencair darah untuk mengelak masalah pengumpulan darah beku pada stent.

Kemudian penyelidik menghasilkan stent bersalut polimer dan pada polimer ini diletakkan ubat untuk mengelak salur pembentukan parut pada salur darah.

Bahagian salur darah yang diletakkan stent akan mengalami luka tetapi kehadiran ubat pada stent memperlahankan penyembuhan luka berkenaan.

Ini bermakna sepanjang tempoh penyembuhan, ada risiko berlakunya pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung.

“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, penggunaan stent dalam rawatan salur darah tersumbat menjadi semakin penting. Oleh kerana stent digunakan sekarang ada beberapa kekurangan, penyelidik kini mencipta stent yang boleh larut dan hilang sendiri dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Dengan adanya stent yang boleh larut dalam badan, pesakit boleh diberi stent beberapa kali jika salur darah tersumbat di tempat sama. Kajian awal dilakukan di luar negara dan keputusan diterima sangat memberangsangkan.

“Lebih menarik, IJN juga akan terbabit dalam kajian penggunaan stent boleh larut yang dijangka bermula awal tahun ini,” katanya.

Perkembangan lain untuk rawatan salur darah tersumbat ialah kemunculan belon berubat. Ia berita baik bagi pesakit yang tidak sesuai menjalani kaedah stent sama ada disebabkan masalah alahan, tidak boleh makan ubat pencair darah, sudah menjalani banyak rawatan stent atau tidak berjaya dalam rawatan dengan stent.

Walaupun pada asalnya stent direka untuk masalah penyumbatan salur darah ke jantung, kini ia turut digunakan bagi salur darah di bahagian bawah badan (kaki), terutama di kalangan pesakit kencing manis. Saiz stent yang digunakan lebih besar; sesuai dengan saiz salur darah di kaki.

Bagaimanapun, ada banyak kes stent yang dimasukkan pada salur darah di kaki mengalami keretakan atau pecah dan menyebabkan salur darah menjadi sempit semula.

Bagaimana stent boleh retak atau pecah? Salur darah di kaki terletak di celah-celah otot yang besar dan kita melakukan banyak aktiviti lasak dengan kaki yang memberi tekanan kepada stent.

Namun kata Dr Shaiful, penggantian stent yang rosak hanya dilakukan jika ada keperluan iaitu apabila pesakit mengadu mengalami gejala akibat penyumbatan semula salur darah. Jika tidak, pesakit tidak memerlukan rawatan susulan. Jadi kemunculan belon berubat boleh mengatasi masalah kerosakan stent.

Penyakit jantung juga boleh disebabkan masalah pada injap di jantung dan kini ada kaedah dipanggil Penukaran Injap Gantian Melalui Kateter (TAVI).

Biasanya rawatan untuk injap membabitkan prosedur besar seperti pembedahan tetapi dengan adanya kaedah TAVI, pesakit tua yang berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan kini boleh diberi rawatan.

“Kaedah ini hanya terhad kepada pesakit jantung berisiko tinggi yang berusia lanjut (70 dan 80 tahun) dan menghidap darah tinggi, kencing manis atau lelah kerana kosnya mahal iaitu sekitar RM140,000,00 termasuk harga injap jantung gantian berharga RM112,000.

“Sejak diperkenalkan pada hujung 2009, kita merawat 11 pesakit dan ia pencapaian yang sangat membanggakan memandangkan IJN adalah institusi pertama di Asia menggunakan kaedah ini,” katanya.

Begitupun, Dr Shaiful mengingatkan setiap orang supaya serius menjaga kesihatan diri sendiri dan tidak terperangkap dalam jerat penyakit gaya hidup, terutama kencing manis dan obesiti yang disifatkan sebagai perangsang kepada pelbagai penyakit lain.

“Bagi yang merokok, bertekadlah untuk berhenti merokok secepat mungkin. Rokok menggandakan risiko penyakit jantung dan serangan boleh berlaku lebih awal (usia muda).

“Serangan jantung pada orang muda berlaku apabila plak kolesterol dalam salur darah mereka pecah. Darah berkumpul pada plak yang pecah ini dan akhirnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan jika seseorang itu merokok, lebih cepatlah dia mendapat serangan jantung.

“Memang kita berbangga dengan pencapaian IJN yang berjaya mencapai sasaran merawat lebih 9,600 kes berbanding 7,743 kes pada 2009, tetapi ia berita buruk kepada negara kerana menandakan semakin ramai penduduk menghidap penyakit jantung.

“Sampai masanya kita nilai semula gaya hidup dan pemakanan supaya masalah ini tidak bertambah buruk,” katanya.



P/S : Lebih kita menjaga cara hidup dan pemakanan kita demi ke arah kesihatan yang ideal.

SMART MEDIC 100




Sumber : myMetro | Muda diserang jantung

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)
Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalahbagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Buletin Bijak Wang | Ringankan beban pesakit jantung


 


Kisah joseph merupakan antara sekian banyak rakyuat negara ini yang menderita sakit jantung. Berdasarkan kadar semasa,
tiga hingga 20 daripada setiap 1,000 penduduk negara ini mengalami masalah itu. Dianggarkan 660,000 orang akan menderita akibat masalah tersebut menjelang 2020.


Penyelidik perubatan menganggarkan jumlah itu akan meningkat dengan ketara apabila semakin ramai dihinggapi penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung koronari.

Sebenarnya, peningkatan jumlah kes penyakit jantung sebahagiannya berpunca daripada kejayaan perubatan moden yang memungkinkan semakin banyak pesakit terselamat daripada serangan jantung untuk hidup lebih lama.

Bagaimanapun, pesakit terbabit kemudiannya terpaksa bergelut dengan masalah lemah jantung sebab pernah diserang penyakit berkenaan.

Masalah itu didapati meningkat dengan ketara dalam kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan boleh mencapai kadar 100 kes bagi setiap 1,000 penduduk.

Di Malaysia, penyakit jantung menjadi
Pembunuh nombor satu sejak tiga dekad lepas.

Manakala kegagalan jantung menjadi punca 10 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke wad.

Peningkatan itu lebih ketara apabila Malaysia semakin menghampiri sasarannya untuk mencapai taraf negara maju dengan penduduk dianggarkan berjumlah 33.4 juta orang pada 2020.

Kebanyakan masalah jantung berpunca daripada ketidakmampuan organ itu mengepam jumlah darah yang diperlukan oleh tubuh dengan secukupnya.

Dalam sesetengah kes, ia berlaku apabila jantung tidak dapat membekalkan darah yang mencukupi atau tidak mampu mengepam darah ke bahagian tubuh lain kerana kurang bertenaga.

Gejala dan tanda lazim yang menunjukkan seseorang itu mengalami kegagalan jantung ialah
kesukaran untuk bernafas, kelesuan dan mengalami kesesakan bendalir,kembung pada bahagian abdomen, kerap batuk dengan mengeluarkan kahak berbuih serta lemah ingatan..


Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata, tahap keseriusan kegagalan jantung mengikut klasifikasi Persatuan Jantung New York (NYHA)terbahagi kepada empat kategori - Kelas 1 (tiada had dikenakan bagi kegiatan), Kelas II (had dikenakan bagi kegiatan tertentu, khususnya kegiatan berat), Kelas III (had dikenakan bagi kegiatan harian kurang daripada biasa) dan Kelas IV (sukar bernafas ketika berehat atau menjalankan kegiatan minimum).

"Kegagalan jantung mempunyai kaitan dengan kelemahan prognosis (ramalan). Bagi pesakit yang tergolong dalam Kelas III dan IV NYHA, prognosis menganggarkan akan berlaku 50 peratus kematian pada tahun pertama.

"Bagaimanapun, pada keseluruhannya, prognosis bertambah baik dalam tempoh dua dekad lepas hasil kemajuan dalam bidang farmaseutikal dan pembedahan, manakala bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung lebih teruk, prognosisnya tetap kekal demikian," katanya pada taklimat kepada media.

Namun, kata Dr. Kui Hian, kajian global baru-baru ini tentang rawatan yang diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung kronik di 37 negara, termasuk Malaysia, menunjukkan penggunaan sejenis agen penurunan kadar denyutan jantung kepada tahap terapi standard, mampu mengurangkan risiko kematian.

Ia juga mengurangkan keperluan mereka untuk dimasukkan ke wad.

Kajian SHIFT (Systolic Heart Failure Treatment with the If Inhibitor Ivabradine Trial), yang di jalankan selama empat tahun dengan dibiayai pengeluar ubat-ubatan, Servier, yang hasilnya dibentangkan pada Kongres Kardiologi Persatuan Eropah di Stockholm dan disiarkan dalam The Lancet menunjukkan kaedah itu amat bermanfaat dalam merawat kegagalan jantung.

Antara penemuan paling penting dalam kajian itu ialah agen penurunan kadar denyutan jantung dikenali sebagai Ivabradine, mampu menambah baik keadaan kardiovaskular, gejala dan kualiti kehidupan apabila ia digabungkan dengan terapi berpandukan garis panduan sedia ada terhadap pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan kelemahan sistolik.

Kajian ini memberi fokus terhadap kesan ubat-ubatan yang digunakan bersama saluran F, yang mampu mengurangkan kadar denyutan jantung.

Saluran F berfungsi menjana nadi elektrik yang menyebabkan jantung berdenyut.

Prof. Dr. Wan Azman Wan Ahmad, seorang daripada penyelidik utama dalam kajian SHIFT di Malaysia berkata, penemuan itu merupakan kemajuan penting dalam merawat kegagalan jantung kerana ia mengurangkan risiko kematian dan keperluan pesakit yang mengalami kegagalan jantung mendapat rawatan di wad.

"Kini, pesakit jantung mempunyai harapan baru bukan saja dalam memberi kualiti kehidupan lebih baik kepada mereka dan mengurangkan risiko kematian, tetapi juga memberi lebih banyak peluang kepada pesakit yang tidak sesuai menerima rawatan jantung yang menggunakan kaedah lain, untuk selamat," katanya.

Kajian itu merupakan penyelidikan morbiditi-mortaliti terbesar yang pernah dijalankan tentang kegagalan jantung yang dialami lebih 6,500 pesakit dari 37 negara, yang didiagnos mengalami kegagalan jantung peringkat sederhana dan teruk serta kadar jantung sekurang-kurangnya 70 denyutan seminit, untuk tempoh 23 bulan.

SHIFT juga adalah kajian yang julung kali diadakan untuk mengesahkan bahawa pengurangan kadar denyutan jantung boleh mengurangkan risiko kematian atau keperluan pesakit yang mengalami kegagalan jantung dimasukkan ke wad.

Ini seterusnya menunjukkan bahawa kadar denyutan jantung mempunyai pengaruh besar terhadap penyakit.

Pakar kardiologi, Dr. Choo Gim Hooi pula berkata, penemuan itu merupakan suatu kejayaan penting dalam usaha merawat kegagalan jantung.

"Kajian SHIFT memberi gambaran penting kepada pesakit dan doktor tentang masa depan dalam bidang rawatan dan pengurusan kegagalan jantung.

"Walaupun banyak kes kegagalan jantung mungkin tidak dapat dipulihkan kepada keadaan asalnya, tetapi hasil daripada kajian SHIFT, kini pesakit mempunyai harapan untuk menikmati kualiti kehidupan lebih baik dan mampu hidup dengan lebih lama," katanya.




Sumber : Utusan Malaysia Online - Kesihatan