No man is such a conqueror as the man who has defeated himself
Showing posts with label bank negara. Show all posts
Showing posts with label bank negara. Show all posts

Buletin Bijak Wang | Salur RM173.8 juta

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) terus komited membangunkan usahawan Bumiputera apabila bercadang menyalurkan peruntukan pinjaman sebanyak RM173.8 juta dalam usaha meningkatkan daya saing peserta khususnya dalam sektor peruncitan dan pemborongan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, PUNB juga akan melaksanakan program taklimat dan latihan keusahawanan secara agresif di seluruh negara.

Katanya, pinjaman itu akan disalurkan menerusi empat skim yang ditawarkan PUNB iaitu Skim Prosper Runcit, Skim Pemborong Prosper, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Skim Prosper Siswazah.

“Jika dilihat pembabitan usahawan Bumiputera dalam semua peringkat rantaian bekalan masih kecil dan disebabkan itu PUNB yakin mereka perlu diberi peluang berniaga sama ada di peringkat pembuatan, pemborongan, pengedaran atau peruncitan melalui pinjaman yang disediakan.


“Malah, PUNB akan terus memberi tumpuan kepada empat skim pinjaman sedia ada bagi memastikan peluang penyertaan Bumiputera dalam perniagaan diperluaskan dalam setiap peringkat bagi menjana ekonomi mantap,” katanya kepada Bisnes Metro.


Menurutnya, sehingga September tahun lalu PUNB sudah mengagihkan pinjaman berjumlah RM443.4 juta bagi Skim PKS, Skim Pemborong Prosper (RM204.3 juta), Skim Prosper Runcit (RM345.9 juta) dan Skim Prosper Siswazah (RM18.1 juta).

Mohd Nasir berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman berjumlah RM76.5 juta kepada 40 syarikat menerusi Skim Pemborong Prosper, RM62.8 juta untuk Skim Prosper Runcit (280 perniagaan), RM25 juta kepada 20 syarikat dalam Skim PKS dan sebanyak RM9 juta untuk dimanfaatkan oleh 200 siswazah.


Beliau berkata, PUNB turut menyasarkan untuk melatih seramai 500 graduan muda menerusi Program Siswazah Perantis tahun ini yang ditawarkan khusus kepada siswazah yang serius mahu menjalankan perniagaan.

Katanya, program latihan itu yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini menempatkan siswazah terpilih di 380 syarikat naungan PUNB dan juga syarikat lain.


Setakat ini latihan itu sudah menarik lebih 2,000 penyertaan sejak diperkenalkan pada Mei 2009.

“PUNB juga akan memberi tumpuan kepada Skim Siswazah tahun ini yang memberi peluang kepada siswazah muda yang serius ingin berniaga, yang mana mereka boleh mencari pengalaman sebagai perantis dan seterusnya mendapatkan pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata PUNB juga bercadang membeli 38 premis terdiri daripada kilang kecil dan kedai yang bernilai kira-kira RM40 juta tahun ini.

“Setakat ini PUNB sudah membeli 57 premis perniagaan dengan lebih separuh daripadanya sudah disewakan kepada usahawan manakala sebahagian daripada premis yang dibeli itu masih dalam pembinaan,” katanya.


Sumber : myMetro | Salur RM173.8 juta

Empat syarikat usaha sama dapat lesen takaful

Kerajaan meluluskan pengeluaran lesen takaful keluarga baru kepada empat syarikat usaha sama.
Syarikat berkenaan ialah usaha sama


* American International Assurance Bhd (70%) - Alliance Bank Malaysia Bhd (30%)
* AMMB Holdings Bhd (70%) - Friends Provident Group plc UK (30%)
* ING Management Holdings(M)Sdn Bhd (60%) - Public Bank Bhd (20%) - Public Islamic Bank Bhd (20%)
* The Great Eastern Life Assurance Company Ltd (70%) - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (30%)

Bank Negara Malaysia berkata, empat lesen baru itu yang dikeluarkan di bawah Akta Takaful 1984, mengambil kira kekukuhan dan ketahanan kedudukan kewangan, rekod prestasi, kepakaran, pelan perniagaan dan sumbangan pemohon terhadap pembangunan sektor kewangan tempatan.
“Pengendali takaful keluarga baru ini akan dapat memberikan manfaat besar kepada kemajuan pembangunan industri takaful keluarga di Malaysia.
“Ini akan membantu dalam usaha menembusi bidang perniagaan dalam industri takaful keluarga termasuk produk takaful mikro, perubatan dan persaraan,” katanya dalam kenyataan mengumumkan perkara itu di Kuala Lumpur semalam.
Bank pusat itu berkata, pengendali takaful keluarga baru berkenaan juga akan memberi sumbangan besar dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.
Susulan pengumuman pada 27 April berhubung pengeluaran dua lesen takaful keluarga di bawah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, ia telah menerima beberapa permohonan untuk lesen takaful keluarga.
Bank Negara menegaskan, dalam keadaan ekonomi semasa, wujud peluang dan potensi luas bagi industri insurans dan takaful.

Sumber: Berita Harian, 2hb September 2010