No man is such a conqueror as the man who has defeated himself
Showing posts with label takaful keluarga. Show all posts
Showing posts with label takaful keluarga. Show all posts

Buletin Bijak Wang | Penting ambil skim insurans

Posted by maatakaful In , , | 0 comments»
Orang ramai disarankan mengambil skim perlindungan khas insurans memandangkan ia mampu mengurangkan beban sekiranya berlaku kecemasan seperti kematian.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
Insurans seperti Takaful dilihat penting dalam membantu keluarga terutamanya berpendapatan rendah kerana skim berkenaan bukanlah bermotif keuntungan sebaliknya lebih berbentuk kepada bantuan.

Malah katanya, ia juga dapat membantu keluarga berkenaan menikmati manfaat termasuklah perbelanjaan dalam menguruskan kematian ahli keluarga.
‘‘Kita perlu sedar bahawa apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga memerlukan perbelanjaan selain meneruskan kehidupan mereka. Melalui skim seperti ini ia dapat mengurangkan beban mereka.

‘‘Dengan kadar sangat rendah, ia merupakan salah satu sistem yang praktikal untuk dinikmati oleh orang ramai dan peserta selain ia tidak membebankan mereka,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat: Bulan Ekonomi dan Usahawan Serta Pelancaran Khairat Kematian Takaful Ikhlas UMNO Bahagian Jempol di sini semalam.

Sementara itu salah seorang penerima khariat kematian Takaful, Bibah Namat, 52, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diterima kerana ia dapat meringan beban keluarganya setelah kehilangan suaminya baru-baru ini.
‘‘Saya melihat skim ini amat baik dan mampu melindungi keluarga sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 25hb Julai 2010

Melantik Wasi (Pemegang Amanah) atau Hibah?

Memiliki perlindungan Takaful Keluarga amat penting bagi memastikan kesinambungan peruntukan kewangan keluarga sekiranya ajal seseorang datang pada usia muda.

Setiap pemegang polisi produk MAA Takaful, perlu memilih samada untuk menamakan Wasi (pemegang amanah) atau Hibah.

WASI
Wasi akan bertindak sebagai pemegang amanah, yang mana perlu memastikan pembahagian wang perlindungan yang diterima dibuat mengikut hukum faraid atau wasiat si mati
HIBAH
Hibah pula bererti kita menghadiahkan wang perlindungan kepada orang yang dinamakan.

Wang tersebut boleh terus diberi kepada penama, bermaksud ia tidak termasuk dalam harta pusaka.

Pemilihan ini (Hibah) penting dibuat sekiranya pemilik polisi sudah pasti ingin memberikan wang perlindungan itu kepada penama yang diisi dalam borang penamaan Hibah.

Ini membolehkan wang tersebut dimanfaatkan secepat mungkin oleh penama (mungkin isteri/suami) berbanding wasi yang akan memakan masa yang lama sekiranya simati tidak membuat wasiat semasa hidupnya.


sumber : http://takafulsmartmedic100.blogspot.com/

4,786 staf Jabatan Pelajaran sertai Skim Takaful

Seramai 4,786 petugas Jabatan Pelajaran Johor menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, kesemua mereka terdiri daripada petugas pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan jabatan tersebut.
Katanya, sebaik sahaja skim itu diperkenalkan sambutan yang diberikan petugas berkenaan menggalakkan kerana bayaran hanya dikenakan RM14 setahun berbanding penyertaan individu kira-kira RM50 setahun.
“Kami galakkan mereka menyertai skim ini kerana mereka ini terdedah dengan kerja seperti mengawal selia kertas-kertas soalan peperiksaan.

“Kerja-kerja seumpama ini perlu skim tersebut kerana mereka terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Pengurusan, Pengendalian dan Keselamatan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, hari ini.
Selepas itu, Sufaat menyampaikan cek pampasan kepada dua balu yang suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bertugas.
Mereka yang menerima pampasan itu ialah, Zuina Hussain, 48, balu kepada Yaaccob Markom dan Zainab Hassan, 54, balu kepada Mohd. Rasit Asan, yang masing-masing menerima cek pampasan bernilai RM10,000, dari Takaful Ikhlas.
Sementara itu, Zuina yang ditemui berkata, suaminya meninggal dunia akibat diserang sakit jantung pada 27 April lalu.
Suri rumah sepenuh masa dan ibu empat anak itu berkata, wang tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi menyara keperluan harian dan pelajaran anak-anaknya.
“Saya bersyukur dengan wang pampasan itu, kerana dapat meringankan bebanan keluarga serta menambah pendapatan yang kini menyara kehidupannya dengan menjual kuih di Bachok, Kelantan,” katanya.
Begitu juga dengan Zainab yang menyifatkan pemergian suaminya merupakan satu kehilangan yang amat dirasai beliau dan empat anaknya.
Zainab yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat berkata, suaminya yang berjawatan Penyelia Kawasan Daerah Batu Pahat, meninggal dunia pada 9 Mac lalu kerana serangan jantung.
Katanya, wang pampasan yang diperolehi akan digunakan bagi membiayai pelajaran dua anaknya yang masih menuntut di Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Sumber: Utusan Malaysia, 23hb Ogos 2010