No man is such a conqueror as the man who has defeated himself

Buletin Bijak Wang | Dilema pembeli rumah



PASARAN perumahan negara masih berada dalam situasi ketidaktentuan. Sejak tercetusnya krisis kewangan Asia pada 1997, pasaran perumahan masih belum stabil akibat tekanan dari faktor dalaman dan luaran.

Selepas sembilan tahun krisis kewangan melanda Asia, belum sempat ekonomi negara bernafas lega, krisis gadai janji sub prima Amerika Syarikat (AS) pula berlaku pada tahun 2006 dan terus menular menjadi krisis kewangan global pada Julai 2007.

Kronologi tercetusnya krisis sub prima sewajarnya memberi iktibar kepada kita betapa sensitif dan risikonya sektor perumahan dalam ekonomi negara yang mengamalkan pendekatan ekonomi pasaran.

Keterbukaan sistem ekonomi pasaran secara global bererti faktor luar kini mampu menggugat ekonomi negara dan sektor hartanah. Ini yang masih berlaku di dunia hari ini.

Kenaikan harga minyak dunia kini kembali kepada trend seperti bermulanya krisis sub prima dahulu, berpunca dari krisis politik di Timur Tengah dan utara Afrika yang kembali memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia.

Ditambah pula dengan malapetaka yang menimpa Jepun, nasib ekonomi dunia dan Malaysia khususnya sebagai negara yang bergantung kepada sektor perdagangan antarabangsa berada di persimpangan.

Apa yang boleh dikatakan sektor perumahan kini berada dalam keadaan tidak menentu dan pasaran hartanah pula menekan permintaan atas alasan tekanan inflasi kos berpanjangan.

Dengan trend harga rumah yang meningkat terutama di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang sejak berlakunya krisis kewangan global 2007 sehingga kini ditambah pula dengan dua krisis terbaharu, maka kesannya sudah dijangka ke atas harga rumah pada masa akan datang.

Mereka yang berada dalam industri perumahan dan pembinaan membuat ramalan dan kenyataan berbaur spekulatif mengenai kenaikan ketara dalam harga rumah kesan daripada kenaikan harga minyak dan bahan binaan.

Mereka memainkan sentimen pasaran bagi memelihara kepentingan sendiri, seolah-olah walaupun kos pembinaan bakal meningkat akibat kenaikan harga minyak dunia dan bahan binaan, kenaikan harga rumah memang tidak dapat dielak dan akan berlaku secara relatif mengikut hukum pasaran.

Ini bererti pelarasan harga akan berlaku tetapi tidak akan menjejaskan kepentingan mereka dari segi keuntungan pembangunan.

Bagi pemaju perumahan, senario yang berlaku dalam pasaran walaupun lebih didorong oleh tekanan inflasi, faktor kebolehjualan hartanah yang ditawarkan dalam kategori sederhana-tinggi masih terjual memberi rangsangan untuk terus berada dalam pasaran.

Hakikatnya mereka tersalah tafsir tentang faktor yang menyokong permintaan ke atas perumahan selama ini, sebenarnya tidak berlandaskan hukum ekonomi fundamental tetapi lebih kepada faktor artifisial.

Permintaan ke atas perumahan harus didokong oleh pendapatan benar yang menentukan keupayaan membeli.

Sebaliknya, permintaan semasa dipacu oleh skim pembiayaan pinjaman yang begitu mudah ditawarkan oleh institusi perbankan seperti kadar pinjaman yang rendah, tempoh pembayaran yang panjang dan peratus pinjaman sehingga 90 peratus harga rumah.

Selagi pakej pinjaman menarik masih kekal ditawarkan, selagi itulah pasaran perumahan masih mampu aktif walaupun berada di bawah tekanan inflasi kos yang meningkat.

Pihak pemaju juga sebenarnya masih mudah mendapat pinjaman titian dari bank, selain dari melihat pasaran yang aktif, jumlah pinjaman adalah dalam peratus yang masih rendah dari kos pembangunan antara 30 peratus hingga 40 peratus.

Manakala 60 peratus hingga 70 peratus akan dibiaya oleh pembeli melalui pembayaran berkala mengikut progres pembinaan dalam sistem penyampaian beli kemudian bina yang selama ini lebih memihak kepada menjaga kepentingan pemaju.

Bagi pihak bank, mereka juga yakin risiko yang ditanggung adalah rendah kerana dengan sistem penyampaian pasaran perumahan jual kemudian bina, kepentingan bank terjamin dalam dua lapisan jaminan, iaitu jaminan dari pihak pemaju dan juga pihak pembeli.



SHAHROM MD. ARIFFIN
Pensyarah Kanan Hartanah Ekonomi, Fakulti Seni Bina,Perancangan dan Ukur, UiTM





Sumber :Utusan Malaysia Online - Ekonomi


PROTECT NOW !!! Perunding Takaful Kami Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com ) Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Info | PUNB komited bantu siswazah

TIDAK banyak badan penyelaras yang memfokus kepada pembangunan siswazah dalam memberi peluang kepada mereka untuk mendalami selok-belok dunia perniagaan.

Dengan mewujudkan Program Siswazah Perantis (PSP), badan nasional pembangunan usahawan Bumiputera iaitu Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) terus komited membantu golongan siswazah melalui program terbabit.

Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri, bersama Pengurus Besar Bahagian Pelaburan PUNB, Dzulkifli Fadzilah (gambar) mengenai hala tuju PSP yang boleh diambil bagi mereka yang ingin menjadi usahawan.

SEJAK bila Program Siswazah Perantis (PSP) diperkenalkan PUNB dan bagaimana ia dapat membantu golongan siswazah ketika ini?
Program ini diperkenalkan sejak Mac 2009 dengan objektif menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap dua digalakkan untuk menyertai program ini dan paling penting mereka akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain kursus dan latihan teori.


Apakah kelebihan dan objektif program ini kepada golongan siswazah?
Peserta program berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir.

Program ini bukan saja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik, tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.

Selain itu, antara objektifnya ialah meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan, memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran serta mengurangkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Apakah sasaran PUNB dalam melahirkan lebih ramai siswazah yang menceburi bidang perniagaan?
Untuk 2011 ini, kami menyasar bagi menambah kira-kira 500 lagi perantis di bawah program PSP ini dan kami yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan ia peluang terbaik untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.

Setakat November 2010, seramai 2,473 siswazah sudah menyertai program ini dengan purata usia 25 tahun dan program latihan PSP juga dilanjutkan sehingga akhir tahun ini dengan menempatkan siswazah terpilih di 380 syarikat naungan PUNB dan juga syarikat lain.


Apakah keunikan Program Siswazah Perantis PUNB?
Keunikannya dapat dilihat dari segi syarat penyertaan yang sangat mudah iaitu perlu berusia tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon dan pemegang ijazah, diploma atau sijil kemahiran (Tahap 2) dari institusi diiktiraf kerajaan. Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan juga digalakkan untuk menyertai program ini.

Selain itu, perantis diberikan elaun sara diri bulanan sebanyak RM800 sepanjang program manakala tempoh latihan adalah antara enam bulan atau setahun bergantung kepada perniagaan dan perantis berpeluang mendalami selok-belok perniagaan di samping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan Rancangan Perniagaan melalui mentornya (syarikat).

Jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan di bawah Skim Prosper Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.


Bagaimanakah untuk memohon program ini dan apakah bidang perniagaan yang boleh dipilih bagi program ini?

Perantis boleh memilih mana-mana bidang perniagaan yang tersenarai untuk tujuan program ini dan ia merangkumi semua jenis segmen perniagaan yang lazimnya mendapat permintaan di kalangan usahawan.

Antaranya adalah automotif (kereta dan motosikal), telekomunikasi dan peralatan komputer, pendidikan & pusat asuhan, perkhidmatan profesional seperti perakaunan, khidmat hadiah, cenderahati dan bunga, buku atau alat tulis, barangan kemas, pakaian, tekstil, aksesori, kosmetik, khidmat kecantikan, sukan dan rekreasi, percetakan, automasi pejabat, peralatan logam dan bahan binaan, farmasi, optikal, restoran, kedai runcit, pengilangan makanan, bahan industri, kejuruteraan dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang berminat, borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat Prosper secara percuma dan untuk maklumat lanjut boleh melayari www.punb.com.my atau hubungi 03-2785 1515 atau talian bebas tol PUNB, 1300-13-7862.






Sumber : myMetro | PUNB komited bantu siswazah

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Buletin Bijak Wang | Rumah gaji sederhana

Posted by maatakaful | 0 comments»
Syor kuota kediaman berharga RM200,000 mirip konsep PPR untuk keluarga pertengahan

PUTRAJAYA: Keresahan keluarga berpendapatan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga yang terlalu mahal dan tidak layak membeli rumah kos rendah, dijangka dapat diatasi apabila semua kerajaan negeri disyor menyediakan kuota rumah berharga RM200,000.

Cadangan yang mirip konsep program perumahan rakyat (PPR) yang dikhususkan untuk keluarga berpendapatan kurang RM2,500 sebulan itu dijangka dapat memenuhi keperluan keluarga berpendapatan sederhana pula iaitu antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata kementerian juga akan berbincang dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju swasta lain supaya menambah pembinaan rumah kos sederhana.
Beliau berkata, permintaan rumah bagi golongan pertengahan amat tinggi di bandar besar terutama Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

“Justeru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri yang mana masalah itu berlaku dan cuba meyakinkan mereka supaya dapat memperuntukkan kuota rumah pada kos RM200,000 untuk membolehkan keluarga berpendapatan pertengahan turut menikmati mutu hidup lebih baik.

“Pendekatan ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah sendiri menjelang 2020,” katanya pada majlis pelancaran Dasar Perumahan Negara yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Chee Heung yakin kuota rumah untuk golongan berpendapatan sederhana boleh dilaksanakan kerana berdasarkan statistik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), permintaan semasa untuk rumah baru ialah antara 150,000 hingga 200,000 unit setahun.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan proses rundingan berterusan dengan pemaju perumahan swasta bagi memastikan pembangunan projek perumahan dirancang secara mapan menggunakan teknologi hijau dan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.

Katanya, penyediaan keperluan asas rakyat, terutama perumahan, harus mencukupi dan bermutu serta dilengkapi persekitaran mapan, kondusif lagi mesra alam selari dengan keperluan hidup penghuni masa kini yang peka terhadap alam sekitar serta menyumbang kepada kualiti hidup.

“Selaras dengan penekanan terhadap persekitaran mesra alam dan konsep teknologi hijau, pembangunan sektor perumahan negara juga perlu meningkatkan keupayaan dan kepakaran, khususnya dalam reka bentuk, inovasi dan penggunaan teknologi terkini bagi melaksanakan pembangunan mapan.

“Sektor perumahan negara mempunyai peranan yang signifikan bagi merealisasi hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Sumbangan sektor pembinaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima peratus dan walaupun kecil, jumlah nilainya sebenar mencecah RM18.2 bilion menjana rantaian ekonomi yang signifikan,” katanya.

Dasar yang dilancarkan itu rangkuman pelbagai akta dan garis panduan sedia ada berkaitan pembangunan projek perumahan untuk memudahkan urusan berkaitan antara sektor swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan.

Tiga objektif dasar itu ialah menyediakan perumahan mencukupi dengan kemudahan berkualiti lagi kondusif, meningkatkan keupayaan rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah dan menetapkan hala tuju kemampanan sektor perumahan.

Ia digubal berasaskan enam teras iaitu memastikan perumahan mencukupi bagi orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal; memastikan binaan bermutu; memantapkan sistem penyampaian dengan menubuhkan pusat sehenti; menetapkan harga siling jualan dan sewa rumah yang munasabah; menggunakan teknologi pembinaan terkini dan menyediakan kelengkapan yang menyeluruh bagi kelestarian kawasan kediaman.




Sumber : Berita Harian Online | Rumah gaji sederhana

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tips | Real-Estate Marketing Tips And Strategies

The real-estate market is constantly changing in their methods on how to look for that right house and property.

To be successful in the real-estate industry, a concrete marketing plan is important. Some people would say that marketing is just like a glossy form of begging or being pushy.

Marketing is a way of making prospective clients understand the benefits of having a particular service, in this case, property.Experts would say that the Law of Attraction should be followed when marketing.

The Law of Attraction is all about attracting the positive energy, concentrating on what you want.

There are also some great ways marketing tips and strategies which would definitely help real estate agents and investors.

• Maximize the internet.

Currently, 87% of homebuyers would search the internet for information. Also a lot of people selling their houses and properties would maximize online advertising.

The increasing number of people checking the internet for listings is not the only reason why online marketing works. It is also an inexpensive way of reaching target clients. Emails can be used when communicating with prospective buyers.

• Virtual tours.

Conducting virtual tours would help buyers see a glimpse of the house. An agent should be able to produce slide shows with audio description or text that would be able to help buyers visualize themselves in the property.

Visibility is important, so include video clips of the homes and even the neighbourhood where they are located. Invite everyone to visit the agent’s website by linking the URL or website address in the email invitations you would be sending out. You could even include it in flyers, advertisements, business cards, postcards, etc.

• Let prospective clients know more about you and your team.

In your website, you could include an “about us” section where the team would be introduced. Be sure to include your success rate and experience in this part. Also include ways on how they can contact you. This way, you are making yourself and your team available for their needs.

• Develop or improve your communication skills.

An agent would always rely on his or her communication skills when helping potential buyers decide. It is important to let the buyer know how they would benefit from acquiring the property.

• Research and survey.

Just because a particular marketing strategy is already working for you, you are not going to check other changes in the market. The trends change, perform closing surveys to get in touch with clients’ needs and demands.

• Give back to the community.

Participate in community activities like civic-oriented and other volunteer activities. Aside from that fact that you get to help the community, you’re also making your name public.
There are different methods, a lot of tips which could be used to increase your real-estate success. However, you are the only person who will know what would and would not work for you and your team.

It may be a trial and error process, but what is important is that, you get to be a better organization at the end of the day.





PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )
Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Buletin Bijak Wang | Salur RM173.8 juta

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) terus komited membangunkan usahawan Bumiputera apabila bercadang menyalurkan peruntukan pinjaman sebanyak RM173.8 juta dalam usaha meningkatkan daya saing peserta khususnya dalam sektor peruncitan dan pemborongan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, PUNB juga akan melaksanakan program taklimat dan latihan keusahawanan secara agresif di seluruh negara.

Katanya, pinjaman itu akan disalurkan menerusi empat skim yang ditawarkan PUNB iaitu Skim Prosper Runcit, Skim Pemborong Prosper, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Skim Prosper Siswazah.

“Jika dilihat pembabitan usahawan Bumiputera dalam semua peringkat rantaian bekalan masih kecil dan disebabkan itu PUNB yakin mereka perlu diberi peluang berniaga sama ada di peringkat pembuatan, pemborongan, pengedaran atau peruncitan melalui pinjaman yang disediakan.


“Malah, PUNB akan terus memberi tumpuan kepada empat skim pinjaman sedia ada bagi memastikan peluang penyertaan Bumiputera dalam perniagaan diperluaskan dalam setiap peringkat bagi menjana ekonomi mantap,” katanya kepada Bisnes Metro.


Menurutnya, sehingga September tahun lalu PUNB sudah mengagihkan pinjaman berjumlah RM443.4 juta bagi Skim PKS, Skim Pemborong Prosper (RM204.3 juta), Skim Prosper Runcit (RM345.9 juta) dan Skim Prosper Siswazah (RM18.1 juta).

Mohd Nasir berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman berjumlah RM76.5 juta kepada 40 syarikat menerusi Skim Pemborong Prosper, RM62.8 juta untuk Skim Prosper Runcit (280 perniagaan), RM25 juta kepada 20 syarikat dalam Skim PKS dan sebanyak RM9 juta untuk dimanfaatkan oleh 200 siswazah.


Beliau berkata, PUNB turut menyasarkan untuk melatih seramai 500 graduan muda menerusi Program Siswazah Perantis tahun ini yang ditawarkan khusus kepada siswazah yang serius mahu menjalankan perniagaan.

Katanya, program latihan itu yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini menempatkan siswazah terpilih di 380 syarikat naungan PUNB dan juga syarikat lain.


Setakat ini latihan itu sudah menarik lebih 2,000 penyertaan sejak diperkenalkan pada Mei 2009.

“PUNB juga akan memberi tumpuan kepada Skim Siswazah tahun ini yang memberi peluang kepada siswazah muda yang serius ingin berniaga, yang mana mereka boleh mencari pengalaman sebagai perantis dan seterusnya mendapatkan pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata PUNB juga bercadang membeli 38 premis terdiri daripada kilang kecil dan kedai yang bernilai kira-kira RM40 juta tahun ini.

“Setakat ini PUNB sudah membeli 57 premis perniagaan dengan lebih separuh daripadanya sudah disewakan kepada usahawan manakala sebahagian daripada premis yang dibeli itu masih dalam pembinaan,” katanya.


Sumber : myMetro | Salur RM173.8 juta

Tips | Rumahtangga Bermasalah kerana Kewangan ? Kenali Kewangan Berhemah

Posted by maatakaful In , , | 0 comments»
Masalah kewangan tidak hanya menjadi perhatian terbesar bagi pasangan berkahwin, malah juga sebagai punca utama perceraian. Ketika dua kehidupan bersatu, begitu juga dengan kewangan - sesuatu yang tidak semua pengantin baru fikirkan. Pendapatan yang berbeza, dan pola pengeluaran tabungan yang berlainan boleh menyebabkan ketegangan dalam perkahwinan.Memperkukuhkan kewangan dapat membantu menyelamatkan dan meningkatkan keakraban setiap pasangan.

Tips :
1. Setiap orang harus punya wang perbelanjaan persendirian atau pendapatan yang berasingan.Memiliki wang anda sendiri membantu anda bertolak ansur dengan tidak kehilangan sifat berdikari atau terlalu bergantung harap terhadap pasangan anda.

2. Tetapkan garis panduan perbelanjaan bersama atau menyediakan anggaran bulanan bersama jika diperlukan. Ketahuilah bahawa, sama seperti anda, pasangan anda akan mempunyai hobi tertentu atau kegemaran yang berbeza dengan anda dan sudah pasti itu akan memerlukan perbelanjaan. Jadi berilah sokongan anda untuk hobi dan minat mereka selagi berada di batas yang wajar.

3. Bertanggung jawab terhadap satu sama lain. Jangan pernah menyembunyikan kebiasaan berbelanja, dan selalu berunding dengan pasangan anda ketika anda sedang mempertimbangkan untuk membuat pembelian besar.

4. Bersikap realistik tentang berapa banyak simpanan yang anda miliki. Tetapkan matlamat kewangan yang wajar dan pastikan untuk menjadi kebiasaan supaya tidak berbelanja melebihi tahap kewangan anda.

5. Didiklah diri anda mengenai kewangan yang berhemah. Belajar semua yang anda sepatutnya tahu tentang cara menjana wang, meningkatkan pendapatan, cukai, melakukan perbelanjaan, tabungan dan pelaburan.semua ini tidak hanya akan membuat anda lebih bijaksana tentang kewangan - itu juga akan membantu anda menyumbang kearah memperkukuhkan perkahwinan anda.

6. Semak kebiasaan belanja yang bukan sahaja menyebabkan anda terlibat dengan masalah tetapi juga mengheret sama pasangan anda. Bersama-sama mencari jalan penyelesan bagi setiap masalah yang dihadapi. Juga tentukan yang mane isu-isu dalam hubungan anda adalah isu-isu peribadi, dan yang pula masalah kewangan.

7. Ajaklah pasangan anda berjumpa dengan pakar penasihat kewangan apabila hendak membuat keputusan berkaitan dengan perbelanjaan yang besar.





Sumber : Artikel ini disumbang kan oleh Cik Hazilajuyana seorang graduan Accountancy, hubungi beliau di srikandimoden@yahoo.com


PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami
Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )
Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tips | 8 Teknik Untuk Dapatkan Duit Internet

Posted by maatakaful In , , | 0 comments»
Jangan tension2 sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk hasil duit daripada internet. Anda boleh melihat pilihan-pilihan yang saya berikan ini.Walaubagaimanapun, apa yang saya terangkan disini hanyalah sebagai panduan asas sahaja. Untuk detail anda perlu pelajari lagi dengan guru atau membuat kajian lebih mendalam dengan pembacaan sama ebook yang diBERI secara PERCUMA.




PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful
Kami Najib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )
Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)